Thursday, December 22, 2011

Cerita Birthday Aya.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari khamis jangan bau hamis sudah.

Ceritanya bermula malam tadi. Aku tak tahu la apa yang letih sangat semalam. Pukul 11 aku dah tido. Sebelum tidur, aku set alarm pukul 11.59 dengan harapan aku akan terjaga waktu itu dan menjadi orang yang pertama akan call dan wish birthday Aya. Kawan aku yang paling aku rapat dan aku sayangi time study kat UMP sampai sekarang. Jadi sesudah set alarm, dengan rasa gembira dan mengantuk ya amat, aku terus memejamkan mata.

Aneh sekali. Setiap malam aku akan melalui mimpi-mimpi yang pelik tetapi malam tadi aku tidak bermimpi langsung. Wah..penat sangat aku ni.

Bila aku buka mata, aku nampak ada cahaya-cahaya biru dalam samar-samar gelap menembusi tingkap bilikku. Aku sedikit terlompat dari tilam. Kakiku kejang. Dengan terjengket-jengket aku menekan suis lampu. 'Eh, dah siang?' Aku segera check jam di handphone.

7.29 a.m.

'Wargh! Lambat dah! Pasaipa alarm aku tak bunyik malam tadi? Eh? Ni dok ada lagi tanda alarm malam tadi.' Aku segera check semula alarm yang aku set malam tadi.

'Harrreyyyyy sunggohh!! Aku set 11.59 A.M bukan P.M.!!! *^%^$%#&!!' Berbakul-bakul sumpah seranah dan maki-hamun keluar dari mulut aku.
'Ishh. Nak pegi keja ke tak ni? Nak kejar train pukul 7.40 satgi. Ponteng ja ar. Eh, tak boleh. Hari ada assignment banyak gila. Arghhhhh!!!! Nasib laa..kalo terlepas train aku naik teksi.'

Dalam keadaan yang gabra tahap kronik, aku terus capai tuala dan mandi secepat mungkin. Mulutku tidak henti-henti menyumpah diri-sendiri yang cuai sebelum tidur malam tadi. Dalam kekalutan itu sempat juga aku menggosok seluar dan tudung syria. Speed habis aku bersiap pagi tadi. Kalau hari-hari biasa aku sempat sapu toner, moisturizer, cream sebelum sapu bedak, pagi tadi aku 'tepungkan' muka aku dengan bedak semata dan sedikit lipbalm. Padan muka aku. Terserlah segala tok nenek parut dan jerawat kat muka aku. Puii!

Sebelum  keluar rumah, aku sempat mengerling jam lagi. 7.50 a.m. 'Sempat kot ligan tren.  Slalu tren pukol 7.50 lebih-lebih.'

Aku mempercepatkan langkah kakiku. Kalau orang biasa jalan selangkah, aku tiga langkah lagi laju. Syukur Alhamdulillah tren ke KL Sentral tak sampai lagi. Elok saja aku sampai ke lane sana, tren sampai on time. Memang bersyukur sangat. So, apa dah jadi dengan wish aku kat Aya?

Sampai-sampai ofis aku terus pikir balik nak buat camna dengan plan birthday wish Aya yang telah failed malam tadi. Nasib baik Aca duk sebelah aku. Maka terhasillah edited picture kat bawah ni. Kalo nak main crop ni aku memang failed. Kena mintak tolong sifu yang buatkan. Tima kasih Aca. Kerja baik-baik ye. Dengan ini, aku ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY AYA! 

Hope hang suka. XD


Aku doakan hari-harimu sentiasa ceria dan bahagia bersama orang tersayang. Semoga hang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, panjang umur dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Aminnn.

Wednesday, December 14, 2011

Awak..jom keluar sama-sama.

Alhamdulillah. Lega rasanya apabila pembentangan Latihan Industri berjalan dengan lancar tadi. Rasa macam nak menjerit kuat-kuat. Rasa macam nak gelak sampai keluar air mata. Aku rasa gembira tak terkata. Cik/Puan pensyarah aku memang sempoi. Kerana kesempoiannya, dapat aku bentang dengan tiada rasa segan silu. Hahahah.

Kesempoian pensyarahku terserlah lagi kerana sudi belanja kami makan. Ini yang 'mahai' nih. Terima kasih cik/puan. Semoga rezeki cik/puan bertambah lagi. Hehe.

Usai solat Zohor, aku mencapai handset dan mula menaip sesuatu di pad kekunci. Tidak sampai seminit, sms itu sudah dihantar.

" Assalamualaikum..wahai awak, apa khabar? "

Tenenet. Bunyi sms masuk.

" Waalaikummussalam warohmatullahhi wabarokatuh. Hehe..sehat walepatliat. Awak sehat? Tak kerja ka hari ni? "

"Sehat...alhamdulillah. Kerja ja..baru sudah present dengan lecturer tadi..haha"

"Owh? Dah sudah? macamana? Ok? KO? "

"Ok laa...lecturer saya sempoi wak..siap belanja kami makan lagi..heheh"

"Waa..untunglaa ada lecturer belanja..hihi"

"Keh3..rezeki jangan ditolak. Happy gila neh sampai nak buat kerja pun malas "

"Eshh..tak baik la macam tu. Tinggal berapa hari ja lagi kan..jangan malas sangat"

" Ye lah. Bukannya tak buat kerja langsung."

" So..apa plan awak lepas ni?"

" Sambung buat kerja testing ni"

"Heheh..bukan yang tu la..apa plan awak lepas habis intern nih"

"Balik kampung..hati girang..wahahah "

" Oo..takkan balik terus ja? Tak jalan-jalan..cuti-cuti malaysia dulu? "

"Banyak la nak cuti-cuti malaysia..bukannya kerja goyang kaki masuk duit..lainla awak kan, lari sana lari sini..masuk duit berkepuk "

" Mana ada..dah kerja saya macam tu..nak buat macam mana..ehhehee "

" Cehceh.. "

" Eh, tak brapa lama lagi awak nak balik kampung..tak nak jumpa saya dulu ke?"

"Macam best ja..nak2..bila nak jumpa?"

"Ermm..weekend ni saya free rasanya...pi tempat besa la eh"

"Ha laa...nak pi mana lagi"
 
 
Maka tempat biasa yang akan aku kunjungi ialah pusat beli-belah yang mana menempatkan kasut-kasut cantik, baju-baju comel, tudung-tudung anggun bersama-sama awak...wahai "dompet" yang paling aku sayangi.

Wednesday, November 30, 2011

Kawan Aku

 Assalamualaikum w.b.t.

Aku ada seorang kawan. Kawan aku seorang lelaki. Pada 1 Muharram 1433H tempoh hari, genaplah  4 tahun kami bersahabat. Selama tempoh persahabatan kami, macam-macam yang kami lalui. Suka, duka, gurau, gaduh semuanya ada. Orang kata kalau berkawan ni mesti susah sikit kita nak berhubung selalu even nak sms pun payah. Sebab tu zaman sekarang ramai guna Facebook dengan Twitter saja kalau nak berhubung sesama sendiri.

Tapi, lain pulak dengan cerita kami. Tiap-tiap tengah malam atau lebih tepat sekali jarum jam melebihi 12.00a.m mesti akan terdengar bunyi sms masuk di telefon bimbit aku. Kami akan saling balas sms sampai tertidur. Yang selalu tertidur tu aku lah. Pagi-pagi bila aku terjaga, mesti aku tengok telefon dulu dan seperti yang aku dah agak, ada 2,3 sms yang masuk. Kesian kawan aku ni. Bertuah sungguh dapat kawan macam aku.

Hubungan persahabatan kami memang baik. Cuma aku yang keras kepala menyebabkan ada kalanya kami bergaduh. Gaduh kami agak lama nak surut. Kadang-kadang seminggu. Kadang-kadang 2 minggu. Kadang-kadang berbulan-bulan. Dan terakhir kami gaduh,sampai setahun jugak. Semuanya sebab aku yang keras kepala ini. Aku pun hairan kenapa kepala aku keras sangat. Kesian betul kawan aku ini. Sepanjang tempoh kami bergaduh ni tiap-tiap hari dia sms aku minta maaf. Tapi dah aku keras kepala kan, aku buat derk saja dengan sms tu.

Kalau 2 minggu, 2 minggu la aku tak balas mesej dia. Ada satu masa, aku berharap sangat yang kawan aku ni dah lupakan aku dan berhenti dari sms aku walaupun satu pun tak penah aku balas. Selama setahun yang lepas aku ingatkan dia dah lupakan aku yang buruk perangai ni sebab dia dah berhenti dari sms aku malam-malam.  Dan aku pun rasa gembira sangat bila waktu malam aku tak perlu berjaga malam semata-mata nak berborak pasal daily life. Tapi, tu la. Aku rasa macam kosong sangat. Dah setahun kami tak berhubung. Bukannya tak berhubung langsung. Ada jugak kadang-kadang tapi tak kerap macam dulu.

Aku pun dah start rasa teringat-ingat balik kawan aku ni.  Aku sudah tidak mengharap dia lupakan aku. Tetapi sangat berharap suatu hari nanti dia kembali. Aku nak minta maaf dengan dia tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Jadi aku buat diam. Duduk senyap-senyap, bila dah ada idea nanti baru aku mula. Tiba-tiba, semasa ulang tahun kelahiran aku baru-baru ini, kawan aku ada sms aku mengucapkan selamat hari jadi. Aku yang ketika itu baru hendak tidur terus tergelak-gelak seorang diri macam tengah tengok Maharaja Lawak dalam bilik yang gelap gelita dan hanya ditemani cahaya telefon bimbit. Nasib baiklah aku gelak tak kuat. Kalau tidak, mengamuklah kakak roommate aku yang sedang enak dilamun mimpi. Sungguh, aku memang gembira. Gembira kerana kawan aku ini masih ingatkan aku. Sms dia aku tak ingat apa dia tulis sebab aku dengan biolnya telah terdelete semua msj dalam inbox telefon bimbitku. Tapi yang paling aku ingat sekali ialah antara perbualan kami yang paling seronok aku rasa.

Aku : Tak sangka awak ingat lagi birthday saya ye.
Dia : Haha.. Mestila ingat. Mana boleh lupa kat awak. =P
Aku : Lamanya awak tak contact saya.
Dia : Mengangkat dulang paku serpih, mengata orang dia yang triple lebih. Saya ada sms awak kan. Awak yang tak balas langsung. Huh.
Aku : Eh. Ye eh? Sorry ye wak.
Dia : Dah lama dah saya maafkan awak. Dah faham sangat dah awak tu.
Aku : Haha. Mekasih! Tapi kan..dalam berbulan-bulan kebelakangan awak buat apa?
Dia : Saya sibuk training lah.
Aku : Training? Training menda?
Dia : Bola.
Aku : Bila masa pulak awak main bola? Kan awak kata bola tak lekat langsung kat kaki awak.
Dia : Iyelah...itu dah berapa tahun dulu. Sekarang dah terer la. Haa..tu la awak. Asyik nak gaduh tak habis. Bila masanya saya nak cerita kat awak.
Aku : Owh..ea..hehe..saya tau..saya bangang dan haprak..saya kan melayu mudah lupa.
Dia : Saya pun orang Melayu jugak. Apa la awak ni. Eh, awak tak tengok tv ke malam ni?
Aku : Saya tengok movie Pirate 4 kat tv.
Dia : Ceh. Bukan yang tu la. Tak tengok bola ke? Msia vs Indo.
Aku : Tengok kejap-kejap je. Asal? Msia kalah ke?
Dia : Sampai hati kata camtu. Saya asyik teringat kat awak ja tau sempena birthday awak ni. Saya siap dedicated kat awak tau game tadi.
Aku : Hah? Tak paham.
Dia : Pegi bukak tv sekarang. Ada liputan lagi ni.
Aku : Sat. 

Aku terus bangun, raba-raba suis lampu dan switch on tv. Masih ada liputan sukan sea tentang perlawanan tadi selepas Nightline.

Harimau Muda menang dalam perlawanan menentang Garuda Indonesia dengan tendangan penentuan penalti 4-3 setelah seri 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan.








 Malaysia meraikan kemenangan sejurus selepas sepakan penalti Kapten Pasukan Harimau Muda Baddrol Bakhtiar berjaya melepasi halangan penjaga gol Indonesia.

Aku terus sms dia.

Aku : Biar betul?
Dia  : Betul laa..kejayaan ni saya dedikasikan sempena birthday awak.
Aku : Wahhh..tenkiu2. Gempakk siooott. Tahniah ye awak. Terharu gila laa.
Dia : XD Nyesal awak tak tengok.
Aku : Agak arr..hahaha.

Bila aku imbas kembali masa kami mula-mula kenal dulu, aku ingat dia ni budak sekolah pondok yang suka main bola petang-petang. Sebab gambar yang dia mms kat aku dulu yang buat aku pikir dia sekolah situ.


Kan?

Muka budak baik yang susah nak ponteng sekolah sebab takut nanti tak berkat belajar.

Bila pikir balik bestnya aku ada kawan macam dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hakikatnya..aku hanya boleh layan imaginasi aku yang entah apa-apa ni la. Mungkin aku bosan sangat masa kat office ni..sebab tu la boleh terpikir nak buat entri merepek ni.



P/S: Semua cerita di atas betul, start conversation tu sampai habis aku dah reka cerita sendiri. KAHKAHKAHKAHKAH. Sila salahkan kawan aku yang real tuh. Dia cakap aku kena cari pasangan muka baik-baik ala Baddrol Bakhtiar. Salahkan dia jugak kerana kalau dia tak cakap camtu, aku pun tak berangan sorang-sorang. Kihkihkihkihkih.













Tuesday, November 22, 2011

Mencecah 22 pada 22.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah..syukur kepada Allah..kerana aku masih dapat bernafas di muka bumi ini. Syukur sangat-sangat.

Pertama sekali aku nak ucap syabas dan tahniah tidak terhingga kepada skuad Harimau Muda. Tak payah la aku nak cerita panjang lebar kan. Seluruh Negara sukan SEA pun tahu.



Sepatutnya hari ini kita dapat cuti peristiwa tahu sebab Malaysia menang semalam. Sekali tak dapat daa.

Berbalik pada cerita asal. Malam semalam buat julung-julung kalinya aku telah 'membuang' sesuatu dari badan aku. Aih, macam pelik pulak ayatnya. Malam semalam, buat pertama kalinya aku telah berjaya membuang kotoran dari badan aku. Cait. Lagi pelik bunyinya.

Senang cerita, malam tadi sebelum tidur aku pakai Detox Foot Patch untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku selama genap 22 tahun ini (huhhh..tarik nafas). Sepanjang hayat aku, tak pernah sekali pun aku guna foot patch ni.

Disebabkan keadaan kerja yang membuatkan aku mudah berasa lesu dan letih apatah lagi rasa mengantuk yang tidak tertahan-tahan, maka aku perlu ada inisiatif untuk mengembalikan keremajaan tubuh badan dan kembali cergas  bekerja. Yes!! Usia 22 tahun masih remaja okay. Itupun bergantung kepada penjagaan kesihatan sendiri la. No comment.

Tengahari semalam juga aku pergi cari foot patch. Nasib baik shop lots kat company aku ni ada banyak kedai jual jamu la, cosmetics la, farmasi la, klinik pun sebelah company ja. Terus aku beli jenama JunGong. Sebelum aku keluar beli aku dah google siap-siap jenama apa yang trending nowadays.

Orang kata, pertama kali guna akan menjadikan patch kelihatan hitam , legam , berlendir tetapi tidak berbau. Entah. Aku tak cium pulak benda tu. Tak tahu la orang lain macammana. And....yes!! Memang betul.



Terkejut. Terkujat. Tergezut. Tanjat boboi. Ceh.

Memang aku dah expect the color will be black color and a bit watery. Nak kata apa lagi kan? Memang banyak gila toksin dalam badan aku ni. Ta

Secara tidak langsung aku telah menyumbang sesuatu yang berharga untuk diri sendiri pada hari berbahagia aku ini. Apa lagi yang didambakan selain memanjakan diri sendiri dan mengekalkan kesihatan diri pada tahap yang membanggakan?

SELAMAT ULANG TAHUN DIRI. LOVE YOU.. TAKE CARE, GARNIER <-- ni dah lebih-lebih tambah tagline .

Wednesday, November 9, 2011

My Happiest Moment

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.


Jika diikutkan, begitu banyak memori yang menggembirakan hari-hari aku sehinggakan aku tak ingat banyak mana, di mana, bila, mengapa dan dengan siapa aku raikan memori gembira itu. Oleh kerna terlampau banyak kenangan yang indah berlaku maka aku harus memilih dengan teliti, kenangan manakah yang paling menggamit perasaan aku tika ini. Amboih, ayat aku dah boleh masuk buku teks lah!

Yang paling jelas dalam kotak fikiran aku sekarang ialah bila aku dan kawan-kawan makan buah durian kat tengah-tengah tasik Taman Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Saat itulah HAPPIEST MOMENT yang paling aku ingat dan akan ingat sampai bila-bila.

Keluar berjalan dengan girlfriends dah menjadi lumrah bagi kami yang ketika itu masih gigih menghabiskan sisa-sisa belajar di UMP, Pahang. Dah keluar UMP nanti tak sempat dah nak planning and hang-out together.

Sebenarnya bukan tengah tasik sangat pun, cuma buatan kayu yang seperti mini jeti itu yang menampakkan seolah-olah kami berada di tengah tasik.

Apa kata...sambil layan gambar, sambil aku cerita? Hah..baru lah happy photography namanyaaa..

Buah durian yang enak dan sedia dimakan..XD

Elok-elok kopek durian tu kak..tajam duri tuhh

Happy nak makan durian.

"Ummmppphhhh" Intan dengan ekpresi kesedapan tak terkata.

Aya:" Minum air dalam kulit durian buleh hilangkan panas badan.."
Bella: "Siyes? "


"Fuhh..nak try nih"

Glup..glup..

Ermmm..

Bella: "Ko nak?"
Intan: "Hurm?"


Taknak sudah..aku habiskan.

Huehuehue..dah habis.

Intan dengan gaya tersendiri ketika basuh tangan.

Macam kat tengah tasik kan? Padahal atas titi ja.

The sight of pretty girls and my back. =.='

Smile girls smileeee! =)

Orang yang lalu-lalang tolong capture this pic. Eheh.

Mungkinkah peristiwa hari ni akan berulang lagi? Eceh.

Us without Aya cause she was the one who captured this photo.

Sanggup tahan panas petang semata-mata nak makan durian atas titi. =D


Rancangan asal kami keluar petang itu adalah kerana tugasan video Spanish yang  tarikh akhir penghantarannya sudah semakin suntuk. Kebetulan pula, kami ingin mengadakan 'Surprise birthday Party' untuk Intan. Makanya, alang-alang hendak menyiapkan tugas, sambil-sambil enjoy meraikan harijadi kawan yang seorang inilah. Barulah santai gitu.

Without flash.

With flash. Much better.


Playing around with the birthday girl.

Get ready nak buat suprise.

Siap sedia...

Snap picture first!

Tadaaaa...SURPRISE!!!!!

Happy birthday to you...happy birthday to you...~




Birthday girl.


Beli kek lain-lain sebab selera semua tak sama.




Camwhoring lagi sambil tunggu order.

Discuss nak bikin video Spanish.

Hafal skrip sebelum buat video.

Semasa rakaman video Spanish.



Dah habis rakaman baru sambung makan. Laparnya sekarang ni bila tengok gambar nih. >.<




Biasalah dah hujung-hujung tu mesti ada aksi-aksi sengal.

Pouting Iqa.

Aku pun nak pouting jugak.





Rakan-rakan pakat join buat aksi sengal.

Borak-borak.

Birthday girl bagi ucapan penghargaan. Hahah.

Aku yang tidak peduli menghabiskan sisa-sisa spaghetti. XD



Hahaha. XD

Akan tetapi, aku rasa kenangan hari itu akan menjadi memori yang paling terindah kalau aku dapat rakamkan setiap detik hari dengan

OLYMPUS PEN LITE E-PL3

 atau

OLYMPUS PEN MINI E-PM1







Ohhhh...tolonglah bagi aku camera kacak bergaya neh! Since, my birthday is just around the corner which will be on 22 November, i wishhhh my birthday present would be one of these awesome prizes!!

Mana tau kan, kot-kot la aku boleh tunjukkan kepada anak cucu aku untuk 3rd generation nanti, silap-silap boleh dengar salah seorang cakap " Zaman grandma dulu best-lah!" Kehkehkeh.




BECAUSE PHOTOGRAPHY IS THE BEST THING WE CAN DO TO CAPTURE THE TERM OF
'HAPPINESS'