Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia kepada kalian yang sudi membaca entry ini. Tidak bermotifkan apa2, entry ini hanyalah gerak hati aku yang ingin mengarang setelah 2 bulan lamanya aku tinggalkan ruangan ini. Rasa tak sabar2 nak mengarang serba sedikit lepas cuti sem ari tu..aku ada baca artikel kat akhbar Utusan, dan sebab tu lah terasa nak pilih tajuk kat atas sebagai title entri ini..ceh, xhabes2 merapu..
Ok, mungkin sebab intro aku memang merapu bagai tapi mehla kita beralih ke kandungan ceritanya lak. Alkisah bermula pada malam aku dan ayah pergi menjemput kak Naa yang baru pulang dari KL menaiki bas dua tingkat Pancaran Matahari. Sebaik sahaja Kak Naa masuk ke dalam kereta, terus diajaknya makan di deretan restoran berhampiran Jam Besar Sungai Petani.
Kami berdua hanya mengikut sahaja langkah ayah memilih restoran kegemarannya kerana ayah selalu berkunjung ke situ maka, ayahlah yang lebih arif dalam memilih restoran yang sedikit best dari restoran lain. Selepas memesan minuman masing2, kami terus rancak berbual. Almaklumlah, dah lama tak jumpa adik-beradik kan. Ayah pulak dah lama tak jumpa dengan anak perempuan kesayangannya itu. Sedang kami leka berbual, tiba-tiba kami didatangi oleh seorang lelaki lewat 50-an menggalas sebuah beg usang. Ditangannya menjinjit beberapa buah fail yang kami tidak tahu apa isi kandungannya.
Dengan ayat yang tersusun, lelaki itu dengan sopan menutur bicaranya, ucapan salam diberi. Sebuah pusat pengajian Islam akan ditubuhkan katanya. Akan tetapi kos untuk menubuhkan pusat itu tidak mencukupi maka, dia berharap kami dapat memberikan sedikit sumbangan untuk menjayakan penubuhan pusat pengajian itu. Ayah dan Kak Naa pantas menghulur beberapa keping not RM1. Aku pula? Jangankan singgit, sesen pun aku tak bawak, hanya kad pengenalan dan lesen saja yang terselit dalam poket seluar jeans aku. Lelaki tua itu bertanyakan kepada ayah adakah kak Naa itu anaknya dan ayah mengiakan. Selepas mengucapkan terima kasih, lelaki tua itu bergerak ke meja makan bersebelahan pula. Tutur bicaranya juga sama seperti yang dituturkan pada kami.
Seketika, aku teringat yang aku ternampak buku resit di celah2 fail yang dijinjitnya tadi. Mengapa lelaki tua itu tidak memberikan kami salinan resit? Kata ayah mungkin sumbangan yang kami berikan itu akan digunakan olehnya sendiri. Aku hanya mendiamkan diri. Namun, seribu persoalan bermain di fikiranku.
Tidak lama kemudian, pekerja di premis itu membawakan pesanan kami. Kami menikmati kemanisan ais kacang tanpa menghiraukan suasana yang sibuk kala itu. Sedang asyik menyuap ais kacang, kami didatangi pula dengan ucapan salam beserta huluran bekas kuih yang berisi kerepek. Kami serentak menoleh. Rupa-rupanya, seorang lelaki tua yang berkopiah mungkin sebaya dengan ayah kepada salah seorang kawan rapatku datang menjual pelbagai jenis kerepek. Kak Naa yang berdekatan dengannya menolak dengan baik. Lelaki itu terus beredar ke meja bersebelahan selepas mengucapkan terima kasih. Terdengar kak Naa berkata, "Ramainya orang datang menjual kat sini", sambil tangannya menunjukkan ke arah meja berdekatan yang mana ada seorang lelaki berusia lingkungan 20-an menjual buku-buku ilmiah kepada pelanggan di meja makan tersebut. Lelaki muda itu sibuk menerangkan tentang buku-buku yang dijualnya tanpa menyedari yang kami memerhatikannya.
Waktu sekarang memang ramai orang datang berkunjung ke tempat2 makan macam ni..ragam kehidupan manusia masa kini fikirku..
Waktu cuti ari 2 jugak aku tak lepaskan peluang untuk ber'dating'an dengan Mas. Seorang kawan baikku time sekolah menengah dulu. Lepas dah puas pusing2 dalam Central Square nun, kami pun mengikut haluan masing2 untuk pulang ke rumah..Mas balik gan ayah dia, aku plak nak balik naik teksi ja..dah pukul 6.00 petang dah time 2, mana ada teksi lagi dah wey..tengah garu2 kepala, ayah aku call..fuh, memang superman ayah aku, dan2 ja aku mintak tolong ayah aku mai amik..anak dara mana elok tinggal sorang2 kat hentian teksi..bahaya taw..
Bila nampak keta ayah aku terus rasa lega, peluh yang tak berenti2 turun terus kering..hehehe.. Dah masuk dalam keta, ayah aku ajak pi tempat makan yang sama dengan malam sebelum 2..kali ni kami nak bungkus ja, makan kat rumah..tengah tunggu order tuh, tiba2 datang sorang amoi ni..dia cakap pa aku tak paham..aku buat dahi kedut..kesian amoi 2, tersengih2 dia cakap, tapi aku tak paham..3,4 kali jugak dia ulang..last2 kali baru paham, dia mintak RM 3.00..aku pun kendur la cket muka ni..pas2 aku tanya la..nak buat pa, dia kata nak buat tambang..aku terus bagi RM3.00 without compromise..yang aku pikir orang 2 tengah susah,bagi ja..mana tau nanti kena batang idung aku..kesian lak aku pikir amoi 2 time aku wat dahi kerut 2..huhu..manyak2 soli amoi..balik elok2 yea..ayah aku pun kata, sesama manusia kena tolong, dia pun hamba-Allah jugak..
Erm, cerita last plak..hah, time ni aku dah balik dari pejabat jpj alor setar jumpa pengarah jpj negeri kedah nak habag mai kat hang..aku xmau cerita pasaipa, tapi aku sangat2 berterima kasih gan ayah aku..ulang alik semata2 nak tolong anak dia..sayang ayah dunia akhirat..masa tu dekat traffic light, panas kat alor setar jangan cerita la weh..lagi panas dari duk bendang...sedang mata dok perati kiri-kanan keta lalu, aku nampak kat traffic light depan kami 2 ada sebuah beca kayu tengah tunggu turn jugak nak lintas pas lampu hijau..keadaan beca tu toksah kata la, aku tengok memang nak mengalir air mata ni..orang tua yang sorong beca tu tak pakai bumbung ke, topi ke apa2 pun kat kepala..betul2 bawah panas..aku rasa pakcik tua 2 dah sebaya tokwan aku, badan kurus, kepala dah xda rambut..kesian sangat aku tengok..pakcik 2 sorong beca yang dalamnya ada seorang wanita yang tua jugak..ya ALLAH, memang kesian aku tengok..sorong beca pakai kaki ja weh..xdaknya nak kayuh macam beca yang ada basikal 2..pakcik tua 2 memang sabar kat tengah2 panas terik tengah2 bandar nih..aku xmampu nak buat apa selain mendoakan pakcik 2 dalam keadaan sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan-Nya..amiin..
No comments:
Post a Comment