Monday, April 4, 2011

Flashback.

As Salam..

Zaman aku bersekolah dulu aku mempunyai hobi yang paling best aku rasa. Hatta sampai satu tahap tu aku rasa kalau siapa tak da hobi macam aku ni memang tak best langsung orang tu. Gila betoi. Padahal hobi aku dulu-dulu suka melukis je pon.

Aku tak tau la bila masa or dari mana aku sedar yang aku ni suka melukis . Melukis macam suatu fenomena bagi aku yang mana bila aku gembira, sedih, nakal, letih, marah even tengah mengantuk pun aku akan melukis. Aku rasa kecintaan aku terhadap seni lukis ni dah sampai tahap maksima yang mana aku boleh terlukis gambar awek cerita thailand yang namanya Tippayarat Dalakumari and heronya bernama Anothai, time aku tertido waktu jawab soalan sejarah pada peperiksaan menengah rendah ataupun lebih famous dengan singkatan PMR. Melukis sambil tido. Gila kan?

Gila tak gila itu perkara biasa. Nasib baik masa tu dalam 50 soalan, aku dah jawab 40 ke atas dah. Hahaha. Dan nasib baik jugak waktu tu aku terlukis atas paper soalan, bukan paper objektif tu. Kiranya bila aku terjaga tu, aku sempat catch up la sambung jawab balik exam tu. Bila masa ada lagi lebih kurang 15 minit sebelum exam tamat, aku sambung siapkan karekter awek Thai tersebut. Aku memang cintakan sejarah dan sebab tu aku jawab soalan dengan gembira. Yeay!

Aku tak ingat sangat bila masanya aku boleh melukis dengan comel. Actually biasa2 ja, setandet la katakan..kalau lukis muka orang tu, jadik jugakla mata, kening, hidung, dagu, mulut, tahi lalat..eh? up muka sendiri nampak. Aku ingat lagi yang waktu tu aku sekolah rendah lagi, aku siap boleh lukis kartun sailormoon complete dengan member2 dia...tak cukup dengan tu, aku punya obses dengan melukis ni bercambah2 sampaila aku bikin kartun sendiri dengan kawan aku, Dinan. Time tu aku geram gila dengan budak laki kelas aku nih. Dia suka sangat cari gaduh dengan kami. Maka, dengan geram sekali aku pun siapkan komik pendek yang mana membuatkan aku and Dinan sebagai heroin cerita dan budak laki nih sebagai budak jahat dalam komik aku nih...alaaa, macam dalam komik KAWAN tu..penah baca tak? Kalau tak penah....isk, aku simpati gila. haha. dan setelah siap komik tersebut, aku pun distribute bagi semua budak kelas aku baca. Time kanak2 ni, benda camtu pun dah bikin malu. Hasilnya, memang budak tu kena gelak kaw2 dengan budak kelas. Alaa...tak hebat punnn...tapi ntah, pemikiran zaman kecil dulu tak terjangkau batasannya. eceh.

Lepas aku dah masuk sekolah menengah, aku berkawan dengan seorang amoi nih. Aku panggil dia Along sebab entah, panggilan tu lagi dekat kot dengan diri dia. The best part of Along is that she even love drawing just like me. Pastu pulak kan, Along ni habit dia suka baca komik2 penyiasatan woo..takat baca majalah Ujang ke baca novel Enid Blyton ka dia tak layan...otak dia memang fuuhhh! Aku pun tak tau la apa kaitan komik detektif tu dengan otak dia, tapi yang aku sure, dia punya solving methods memang baik punya. Kreatif woh. Even senior2 kat asrama tu pun melopong. Okey, aku dah mengarut ni.

Yang pasti, kami berdua memang ada event tersendiri yang mana hujung minggu kami, lepas gotong-royong pagi2 tuh, kami akan bawak segala drawing tools, water color, berus, bekas color, air secebok, kain buruk and drawing paper kat wakaf asrama. And then, lukislah puas2 siap kaler2 bagai. Ianya event yang buang masa jugak tapi sebab aku rasa dengan melukis ni, otak kita pun buleh jadi damai dan aman jugak ar. Kendian, aktiviti ni kami teruskan sampai lah dah jumpa hobi baru yang lebih praktikal dan lebih eksesif (pebenda nih..ada ke dalam kosa kata?).

Tak sangka betul aku, rupanya hobi baru ialah mencabar minda dan pemikiran yang tinggi iaitu membuat latihan2 terkini dengan buku2 past years questions. Ianya dibeli oleh kakakku yang ketika itu tingkatan 5 dan mencabar aku supaya dapat lawan dia bila exam nanti. memang ar.... (T_T). Sekian.

Nota picisan: Minggu ni banyak kerja. Hari ni aku gembira sikit, maklumlah petang tadi dah gayut lama dengan ayah aku, pastu tadi plak gayut dengan mak. kadar stress telah menurun 35.88%..ahak!

No comments: