As Salam.
Bila blog dah bertukar template baru ni baru sedap sikit nak merepek2 kat blog nih. Sebenarnya blog ni dah lama bersawang dan tidak menjadi bualan ramai hahaha. Dah nama pun blog ni macam diary kan? Watpe orang nak baca ye tak?
Right. Sekarang ni aku tengah bertenet2 kat dalam lab FSK4. Minggu ni adalah minggu last aku bernafas kat persekitaran Gambang ni. Hujung minggu ni aku akan berambus dari sini meninggalkan suka duka 3 tahun aku bertapa kat sini. 3 tahun??? Sungguh aku tak caya langsung...cepat gila masa berlalu kan?
Aku ingat lagi kot, pasaipa nak kena ada 'kot' nih. Ahh, besaklah, style orang la ni mengarang mesti nak kena, wajib ada 'kot' kat akhir ayat. Dem.
Aku ingat lagi hari pertama aku jejak kaki kat UMP nih. Kalo dikenang2 ni buleh buat buku cerita kat anak cucu aku nanti. Aku datang dengan Kak Naa, Mak dan Ayah. Kami berempat bertolak dari Sungai Petani, Kedah tu naik bas ekspress ja. Masa tu Ayah tak mampu lagi nak beli keta. Jadi tawakal ja naik bas. Mengenangkan masa tu nak angkut semua barang dengan kederat dua tangan ni ja, maka aku tak bawak semua barang aku dari kampung tu. Bawak yang ringan2 dan boleh nak berganti dalam 2-3 minggu ja. Lepas tu, pandai2 sendirilaa.
Malam tu dalam bas memang aku tak boleh nak tido padahal dah tersengguk awal gila. Macam2 perasaan ada. Neves, takot, seram, sejuk, dan nak terkencing pun ada sebab ekon kuat sangat dan time tu tengah highway. Mana nak cari toilet kat tengah highway ni...tahan ja laaa. Oleh kerna bas tu boleh tahan laju jugak, kami dah lalu depan UMP pukul 6 pagi. Gila ahh. Takkan nak turun kat depan UMP time tu kot? Pak Guard pun aku tak nampak. Sebab aku dok dalam bas mana nak nampak. Haha.
Jadi kami turun kat Terminal Kuantan tepat pukul 7. Masa tu memang tak tau apa. Aku pun herot2 kepala nak cari transport angkut kami pi balik UMP. Ayah memang dah naik teksi dah. Tapi aku tahan dulu sebab time tu kan ada tertulis kat dalam surat offer yang bas UMP ada servis untuk ambil orang kat terminal kan. Kalo tak ingat sudah! Ko datang dengan kereta mana ko tau susah senang aku! (emo) Dari jauh kat depan padang MPK aku nampak ada 4 bijik bas UMP bertenggek kat situ tanpa driver. Kami pun duduk kat depan bus tu mengharap adanya orang. tapi dah 15minit tunggu still takda sapa2 kat situ.
Last option yang ada masa tu hanyalah mengharap bantuan dari sedara jauh kat Pahang ni. Mak aku pun telefon sedara kami tu. Mula2 tu aku bengong jugak. Manalah tahu ada sedara kat sini selain TokWan belah Mak aku yang duduk kat Raub (kalo tak silap). Tapi hubungan Mak aku dengan ayah dia memang tak baik dari dulu.
Rupa2nya sedara yang mak aku telefon tu asal dari kampung kami jugak. Diorang pindah kat Felda sebab time tu jadi peneroka ni lagi mendatangkan rezeki berbanding pertanian yang lain.
Abang Arie. Tu nama yang aku tangkap time Mak aku on-call. tak lama lepas tu ada 2 buah kereta datang. Muka semua aku tak penah tengok. tapi depa semua mesra dengan Mak dan Ayah aku. Aku dengan kak Naa saja yang blur.
'Laa...awat tak habaq awai2 nak mai sini? kalo tau kami mai ambik awai lagi'
'tu laa pasai..awat tak habaq nak mai hantaq anak masuk U'
Mak dan Ayah aku hanya memaniskan muka ja. Aku tau sebab utama kenapa Mak dan Ayah tak nak minta bantuan awal2. Sebabnya hanya satu. Tidak mahu menyusahkan orang lain.
Abang Arie adalah anak Mak Chaq yang mana Mak Chaq merupakan menantu kepada Tok sepupu TokWan belah ayah aku. kalo tak paham itu hal kau.
Sudahnya kami end-up dengan pergi UMP. Abang Arie ni macam tau ja masuk UMP nih. Dia parking betul2 depan Payung Putih. 3 tahun dulu kan Payung Putih cam gempak ja kan. Sekarang ni ntah. macam rupa apa tah aku tengok. Payung ayah pin pun ada rupa jugak. Masa tu adalah budak2 AJK Minds ni dah get ready kat situ dann....yeah, aku dah agak. Memang aku datang awal 2 hari dari hari pendaftaran sebenar. patutlah tak sesak langsung. siap dapat parking depan payung putih lagi.
At least bukan aku sorang okay...mau dekat Ground Floor dan 1st Floor blok C1 penuh dengan kami yang 'terawal' ni. Luckily memang nasib aku, aku dapat bilik kat Ground Floor. memang best.katil bawah lagi,yeay! Pastu dah angkut semua barang masuk almari, Mak Chaq bawak kami anak-beranak pi umah depa. Felda Bukit Tinggi. kalau aku tak silap la. Dah 3 tahun jugak aku tak pi sana. Dasar tak kenang budi aku ni..tak guna betul.
Rumah Mak Chaq sederhana besar. Tapi sangat2 selesa. Air kolah yang sejuk memang buat aku teringat kat kampung Singkir kami. Sampai ja kat rumah Mak Chaq, semua lentok jaa. Penat weh. Hangpa mana tau kan? (emo lagi) Orang utara ni masak memang perggghhh. Sotong masak sos, ikan patin masak tempoyak, sayur , ikan goreng dan pelengkap selera, sambal belacan. See? Aku ingat lagi. Aku bukanlah si tanggang walopun aku dah lupa jalan nak pi Felda tuh.
Hatta, segala sengal2 badan kami terubat jugak dengan keprihatinan sedara jauh ni. Serius aku ingat sampai bila2. Aku balik UMP petang tu jugak. Roomates baru aku Ain, Muni dan Echah still ada kat bilik dan depa pun harap sangat aku balik sebelum malam walopun mereka asalnya orang Pahang jugak.
No comments:
Post a Comment