Wednesday, August 3, 2011

Ampuni kami Ya Rabb.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dua hari sudah berlalu bagi seluruh umat Islam yang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1432H. Tahun ni maybe rakyat Malaysia yang beragama Islam rasa best sambut bulan posa genap2 pulak 1hb Ogos kan? Raya pulak dijangka pada 31hb Ogos = Hari Kemerdekaan yang ke 54. Double happiness lah jadi orang Malaysia ni kan?

Kemarin kan first day kita posa, jadi semua Muslim kat company aku ni dapat advance balik sejam awal dari hari biasa. Untuk bulan posa ni ja. Alkisahnya, aku blur sangat bab2 alert ni. Pukul 4.44 petang aku masuk surau nak solat Asar. Kuar elok2 pukul 5. Tapi yang buat aku tak yakin nak keluar awal tu adalah sebab aku tengok manusia2 yang naik van company dengan aku tak nampak gaya nak balik lagi pun. Time tu la aku baru baca mesej kak aku yang dia hantar pukul 3.30 tadi. Dia nak ambik aku katanya. Mula2 aku ingat dia kat rumah sewa kat Tmn Dato' Haron tu, rupa2nya kat Subang ja. Hah, apa lagi. Aku pun suruh dia datang fetched aku. Nak tunggu makhluk2 kat atas tu turun naik van, takda maknanya kol 7 aku boleh sampai. Dah pukul 5.40 pun tak keluar lagi. Fed-up dah aku. Nasib baik kakak aku datang amik. Kalo tak masak jugak aku kat situ.

Rupa2nya hari ni aku baru dapat tau yang driver van dah kuar pukul 5 sharp hantar yang sapa2 kat stesen LRT. Patutlaa. Ceh. Ok, ari ni aku kuar sharp kol 5 jugak.

Semalam ada cerita sedih pilu lepas bukak posa kat Subang. Sebelum masuk keta tu, ada sekor anak kucing ni datang bergesel2 kat aku. Aku pun gerak jauh sikit. Ia datang nak gesel aku jugak. Haih. Kak aku pun apa lagi, dengan penuh kasih sayang dok usap2 anak kucing tu. Aku pun usap jugak. Pastu aku cium tangan aku. Busuk. Bau tahi. Cis.

Tuan rumah kat situ cakap anak kucing tu salah sekor dari dua ekor anak kucing yang ditinggalkan oleh ibu kucing yang dulunya kucing mereka tapi lari entah kemana. Tiba2 dapat anak tinggal kat rumah depa plak. Anak tuan rumah tu bagus, bagi makan la, minum la. Tapi tak jaga betul2 la macam kurung dalam kotak ke supaya nanti tak kena langgar kereta. Lepas dah dengar cerita sikit2 tu, kami pun gerak la nak balik.

Kejap jer dalam keta tetiba kak aku boleh pulak teringat yang dia tertinggal barang. Terus patah balik. Belum lagi keluar keta, tuan rumah dah terbongkok2 tengok bawah kereta. Tau apa jadi?

Dah terlanggar anak kucing tadi.

Anak kucing yang kami dok main2 sebelum gerak tadi. Astaghfirullahalazim. Tak sampai 2,3 minit pun. Time tu jugak tuan rumah gali lubang nak kambus mayat anak kucing tu. Terkejut tak terkata la aku dengan kak aku. Nak nangis pun ada. Tapi tak nangis2 and mulut dok cakap kesian, nyesal tak henti2.

Ada lagi sekor anak kucing tu, dok main atas jalan. Sekali motor langgar jugak. Depan2 kami pulak tu. Astagha. Yang paling kesian tu ibu kucing tu dok tunggu kat tepi mayat anaknya. Ya Allah...ampuni. Kami tak sengaja. Masa tu aku tengok ibu kucing dengan mayat anaknya tu, ibu kucing tu dok tenung aku sampai aku masuk dalam kereta pun dok tenung lagi. Mungkinkah ingin meminta pertolongan kami? Atau barangkali memendam perasaan marah kepada kami yang menyebabkan ia kehilangan dua ekor anaknya sekali gus malam itu?

Sungguh ya Allah. Kami memang tak sengaja. Tambahan pula kawasan rumah di situ gelap. Ampuni kami Ya Allah. Lindungilah makhluk2 ciptaan-Mu dari aniaya manusia.

No comments: