Buat renungan bersama, mari lapangkan diri kita dengan sedikit manisan jiwa. Aku jarang sekali nak menulis entry yang berpandukan asas2 kukuh seperti dari rujukan ayat2 Al-Quran. Bahkan, aku rasa inilah 1st time aku menulis entry yang sebegini. Selama ni aku sibuk mengarang pasal aktiviti2 harian aku yang mana orang lain pun rasa jugak. Tapi sebab saja nak gebang kat internet, menjaja cerita harian dah jadi habit aku. Ok. Semasa aku menziarahi blog milik bloggers Malaysia ni, tetiba aku tertangkap dengan satu entry ini. Sila klik kalau anda curious.
Entah. Berkecamuk hati aku bila aku membacanya. Yang pasti, aku nak share di sini.
Adab bersahabat berpandukan surah Al-Hujurat.
1. JANGAN TINGGIKAN SUARA APABILA BERCAKAP
Ayat yang ke-2 bermaksud " Wahai orang-orang beriman, Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara nabi, dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimanaya suara sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) amalan kamu akan terhapus sedangkan kamu tidak menyedarinya".
2. HINDARI GOSIP DAN SIASAT TERLEBIH DAHULU
Ayat ke 6 yang bermaksud "Wahai orang-orang beriman, Jika seseorang yang fasik datang kepada kamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan yang akhirnya kamu menyesal atas perbuatan kamu itu"
3. SUKAKAN PERDAMAIAN
Ayat ke 9 yang bermaksud "Dan apabila ada dua golongan orang mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari keduanya berbuat zalim terhadap yang lain, maka perangilah sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. JIka golongan itu telah kembali maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adil. Allah mencintai orang-orang yang berlaku adil".
4. HINDARI PERSELISIHAN FAHAM
Ayat ke 10 yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka damaikanlah dua saudaramu yang bertelagah itu dan bertaqwalah kepada Allah agar mendapat rahmat".
5. MENGGELAR DENGAN GELARAN YANG BAIK
Ayat ke 11 yang bermaksud "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk".
6. JANGAN MEMBUKA AIB ORANG LAIN
Ayat ke 12 yang bermaksud " janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya."
7. LEBARKAN EMPAYAR PERSAHABATAN DAN TAARUF
Ayat ke 13 yang bermaksud "Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya".
Buat semua kawan2 yang ku sayang, tujuan aku post entry ini bukanlah untuk menyakitkan hati kalian bahkan jauh sekali untuk mengaibkan kalian kesayanganku. Aku just nak share perkara baik ini dengan korang semua. Aku sama sekali tidak suka jika kita dikatakan sahabat2 yang paling karib tetapi hakikatnya, kita masih terlalu kekok dalam banyak perkara. We're still awkward to each other. (Ni kalau tak faham terjemahan Melayu) To all my beloved dearest, if in this past three years we will still not belong to each other, please forgive me. I am still in my improvement phase. Please let me know if I did any wrongdoing with all of you. Yes, the word 'sorry' is truly the hardest word to say, but to let you know, I would rather say it thousand times unstoppably than losing friends like all of you.
We are not born as siblings cause a mom couldn't handle the way we are...that is not an act, it is a fact!
No comments:
Post a Comment