Cehwah kemain nak pilih tajuk. Sekali aku pilih yang jenis kiasan punya. Haa...baru lain dari yang lain. Ceh lagi.
Mood raya punya pasal pagi tadi sudah terlepas van nak pergi kerja. (Baca dengan satu nafas) Tidaklah padan dengan muka aku karena aku mempunyai seorang kakak yang manis kecik molek lagi setia menemani adik tersayang lagi sanggup memandu meredah lebuhraya menuju ke Kota Damansara dengan harapan agar adiknya dapat bekerja seperti hari sebelum cuti raya. Haaaa...semmmpuuut.
Tengah sedap breakfast Nasik Lemak dengan Teh Tarik kat KL Sentral tadi mana aku nak dengar driver van dengan akak kat ofis call aku. Mintak maap zahir batin batin laa. Memang serius tak dengar sebab dekat cafe kitorang breakfast tu dengar bunyi siren saja. Walhal kejap-kejap check henpon nak tengok jam dah pukul berapa. Bajet la konon-konon van sampai pukul 8.40. Sekali pukul 8.30 dah sampai daa. Alamak..terlebih sudah. Nasib baiklaa ada kakak kat sini. Kalo tak, maunya aku balik rumah..tido. Hehe.
Bercerita tentang aku menyambut Hari Raya tahun ini pula tidak ada lebihnya dari tahun lepas. Lebih kurang sama sahaja. Tetapi tahun ini boleh tahan sakan jugak aku beraya. Dah dekat separuh negeri aku jelajah cari rumah kawan-kawan sekolah lama di kampung dulu. Lepas sebuah rumah, pergi pulak rumah lain. Senang sikit la nak beraya sebab kawan aku, Diana merangkap chilhood's bestfriend dengan tulus ikhlas drive kereta sendiri untuk memudahkan perjalanan. Nak harapkan aku...bak kata Alisha anak sedaraku, "Apeeeee pun tatalehh..". Ye. Aku sedar diri.
Aku buat kesimpulan jelah hari-hari raya kat kampung minggu lepas.
1st day Raya
> Sembahyang Raya.
> Ziarah arwah Tok, Tokwan, Tok Sedara di tanah perkuburan.
> Balik rumah makan ketupat.
> Budak-budak datang beraya aku kasi duit ja, takpayah masuk rumah sebab aku malas nak hidang-hidang ni. Lagipun budak-budak nak DUIT RAYA bukan nak makan.
> Tengok TV kendian TV tengok aku.
2nd day Raya
> Sedara-mara datang beraya di rumah.
> Entah macam mana tetiba jadi kenduri kat rumah aku. Tapi AKU SUKA!
> Ayah posa hari ni. Kesian.
3rd day Raya
> Kak long dan family pulang beraya dari Kelantan.
> Aku pergi makan kenduri dengan ayah dan anak sedara, Nomey.
Aku dan Nomey mau pigi kenduri. |
> Sebelum balik rumah, singgah rumah Diana. Orang buat open house susah sikit aku nak missed.
4th day Raya
> Kak long buat mihun sup
> Aku pergi beraya dengan Diana di rumah Azieda .
> Kendian angkut Azieda sekali beraya ke rumah Farehah.
> Angkut Farehah pergi beraya ke rumah Kak Syumel.
> Angkut kak Syumel ke rumah Biben. Ada open house. Ecah Che Lat pun ada.
> Balik Merbok, angkut Fateh pulak ke rumah Dikda.
> Jalan kaki beraya ke rumah Sobri. Cipon pun ada.
> Lastly datang beraya ke rumahku syurgaku.
5th day Raya
> Sepupu kahwin. Angkut semua yang boleh pergi makan kenduri.
> Balik KL tumpang kak long.
6th day Raya
> Pukul 5.00 pagi itu satu rumah kena diarrhea.
> Rupa-rupanya mereka yang berada di kampung di Kedah turut sama terkena diarrhea.
Kesimpulannya, kami menghabiskan hari terakhir cuti raya dengan berebut toilet kerana disyaki termakan makanan yang dimasukkan ajinomoto yang banyak. Patutla sedap sangat aku telan nasi kenduri.
2 comments:
selamat hari raya!
selamat hari raya!!! =)
Post a Comment