Wednesday, November 30, 2011

Kawan Aku

 Assalamualaikum w.b.t.

Aku ada seorang kawan. Kawan aku seorang lelaki. Pada 1 Muharram 1433H tempoh hari, genaplah  4 tahun kami bersahabat. Selama tempoh persahabatan kami, macam-macam yang kami lalui. Suka, duka, gurau, gaduh semuanya ada. Orang kata kalau berkawan ni mesti susah sikit kita nak berhubung selalu even nak sms pun payah. Sebab tu zaman sekarang ramai guna Facebook dengan Twitter saja kalau nak berhubung sesama sendiri.

Tapi, lain pulak dengan cerita kami. Tiap-tiap tengah malam atau lebih tepat sekali jarum jam melebihi 12.00a.m mesti akan terdengar bunyi sms masuk di telefon bimbit aku. Kami akan saling balas sms sampai tertidur. Yang selalu tertidur tu aku lah. Pagi-pagi bila aku terjaga, mesti aku tengok telefon dulu dan seperti yang aku dah agak, ada 2,3 sms yang masuk. Kesian kawan aku ni. Bertuah sungguh dapat kawan macam aku.

Hubungan persahabatan kami memang baik. Cuma aku yang keras kepala menyebabkan ada kalanya kami bergaduh. Gaduh kami agak lama nak surut. Kadang-kadang seminggu. Kadang-kadang 2 minggu. Kadang-kadang berbulan-bulan. Dan terakhir kami gaduh,sampai setahun jugak. Semuanya sebab aku yang keras kepala ini. Aku pun hairan kenapa kepala aku keras sangat. Kesian betul kawan aku ini. Sepanjang tempoh kami bergaduh ni tiap-tiap hari dia sms aku minta maaf. Tapi dah aku keras kepala kan, aku buat derk saja dengan sms tu.

Kalau 2 minggu, 2 minggu la aku tak balas mesej dia. Ada satu masa, aku berharap sangat yang kawan aku ni dah lupakan aku dan berhenti dari sms aku walaupun satu pun tak penah aku balas. Selama setahun yang lepas aku ingatkan dia dah lupakan aku yang buruk perangai ni sebab dia dah berhenti dari sms aku malam-malam.  Dan aku pun rasa gembira sangat bila waktu malam aku tak perlu berjaga malam semata-mata nak berborak pasal daily life. Tapi, tu la. Aku rasa macam kosong sangat. Dah setahun kami tak berhubung. Bukannya tak berhubung langsung. Ada jugak kadang-kadang tapi tak kerap macam dulu.

Aku pun dah start rasa teringat-ingat balik kawan aku ni.  Aku sudah tidak mengharap dia lupakan aku. Tetapi sangat berharap suatu hari nanti dia kembali. Aku nak minta maaf dengan dia tapi aku tak tahu nak mula dari mana. Jadi aku buat diam. Duduk senyap-senyap, bila dah ada idea nanti baru aku mula. Tiba-tiba, semasa ulang tahun kelahiran aku baru-baru ini, kawan aku ada sms aku mengucapkan selamat hari jadi. Aku yang ketika itu baru hendak tidur terus tergelak-gelak seorang diri macam tengah tengok Maharaja Lawak dalam bilik yang gelap gelita dan hanya ditemani cahaya telefon bimbit. Nasib baiklah aku gelak tak kuat. Kalau tidak, mengamuklah kakak roommate aku yang sedang enak dilamun mimpi. Sungguh, aku memang gembira. Gembira kerana kawan aku ini masih ingatkan aku. Sms dia aku tak ingat apa dia tulis sebab aku dengan biolnya telah terdelete semua msj dalam inbox telefon bimbitku. Tapi yang paling aku ingat sekali ialah antara perbualan kami yang paling seronok aku rasa.

Aku : Tak sangka awak ingat lagi birthday saya ye.
Dia : Haha.. Mestila ingat. Mana boleh lupa kat awak. =P
Aku : Lamanya awak tak contact saya.
Dia : Mengangkat dulang paku serpih, mengata orang dia yang triple lebih. Saya ada sms awak kan. Awak yang tak balas langsung. Huh.
Aku : Eh. Ye eh? Sorry ye wak.
Dia : Dah lama dah saya maafkan awak. Dah faham sangat dah awak tu.
Aku : Haha. Mekasih! Tapi kan..dalam berbulan-bulan kebelakangan awak buat apa?
Dia : Saya sibuk training lah.
Aku : Training? Training menda?
Dia : Bola.
Aku : Bila masa pulak awak main bola? Kan awak kata bola tak lekat langsung kat kaki awak.
Dia : Iyelah...itu dah berapa tahun dulu. Sekarang dah terer la. Haa..tu la awak. Asyik nak gaduh tak habis. Bila masanya saya nak cerita kat awak.
Aku : Owh..ea..hehe..saya tau..saya bangang dan haprak..saya kan melayu mudah lupa.
Dia : Saya pun orang Melayu jugak. Apa la awak ni. Eh, awak tak tengok tv ke malam ni?
Aku : Saya tengok movie Pirate 4 kat tv.
Dia : Ceh. Bukan yang tu la. Tak tengok bola ke? Msia vs Indo.
Aku : Tengok kejap-kejap je. Asal? Msia kalah ke?
Dia : Sampai hati kata camtu. Saya asyik teringat kat awak ja tau sempena birthday awak ni. Saya siap dedicated kat awak tau game tadi.
Aku : Hah? Tak paham.
Dia : Pegi bukak tv sekarang. Ada liputan lagi ni.
Aku : Sat. 

Aku terus bangun, raba-raba suis lampu dan switch on tv. Masih ada liputan sukan sea tentang perlawanan tadi selepas Nightline.

Harimau Muda menang dalam perlawanan menentang Garuda Indonesia dengan tendangan penentuan penalti 4-3 setelah seri 1-1 sepanjang 120 minit perlawanan.








 Malaysia meraikan kemenangan sejurus selepas sepakan penalti Kapten Pasukan Harimau Muda Baddrol Bakhtiar berjaya melepasi halangan penjaga gol Indonesia.

Aku terus sms dia.

Aku : Biar betul?
Dia  : Betul laa..kejayaan ni saya dedikasikan sempena birthday awak.
Aku : Wahhh..tenkiu2. Gempakk siooott. Tahniah ye awak. Terharu gila laa.
Dia : XD Nyesal awak tak tengok.
Aku : Agak arr..hahaha.

Bila aku imbas kembali masa kami mula-mula kenal dulu, aku ingat dia ni budak sekolah pondok yang suka main bola petang-petang. Sebab gambar yang dia mms kat aku dulu yang buat aku pikir dia sekolah situ.


Kan?

Muka budak baik yang susah nak ponteng sekolah sebab takut nanti tak berkat belajar.

Bila pikir balik bestnya aku ada kawan macam dia.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Hakikatnya..aku hanya boleh layan imaginasi aku yang entah apa-apa ni la. Mungkin aku bosan sangat masa kat office ni..sebab tu la boleh terpikir nak buat entri merepek ni.



P/S: Semua cerita di atas betul, start conversation tu sampai habis aku dah reka cerita sendiri. KAHKAHKAHKAHKAH. Sila salahkan kawan aku yang real tuh. Dia cakap aku kena cari pasangan muka baik-baik ala Baddrol Bakhtiar. Salahkan dia jugak kerana kalau dia tak cakap camtu, aku pun tak berangan sorang-sorang. Kihkihkihkihkih.













2 comments:

suk said...

damn. kena kencing dengan lebatnya.

Nur Wangi said...

kahkahkah..wah, aku dah rasa berkobar nak hasilkan entri yang lagi 'bijaksana'..XD