Thursday, December 22, 2011

Cerita Birthday Aya.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari khamis jangan bau hamis sudah.

Ceritanya bermula malam tadi. Aku tak tahu la apa yang letih sangat semalam. Pukul 11 aku dah tido. Sebelum tidur, aku set alarm pukul 11.59 dengan harapan aku akan terjaga waktu itu dan menjadi orang yang pertama akan call dan wish birthday Aya. Kawan aku yang paling aku rapat dan aku sayangi time study kat UMP sampai sekarang. Jadi sesudah set alarm, dengan rasa gembira dan mengantuk ya amat, aku terus memejamkan mata.

Aneh sekali. Setiap malam aku akan melalui mimpi-mimpi yang pelik tetapi malam tadi aku tidak bermimpi langsung. Wah..penat sangat aku ni.

Bila aku buka mata, aku nampak ada cahaya-cahaya biru dalam samar-samar gelap menembusi tingkap bilikku. Aku sedikit terlompat dari tilam. Kakiku kejang. Dengan terjengket-jengket aku menekan suis lampu. 'Eh, dah siang?' Aku segera check jam di handphone.

7.29 a.m.

'Wargh! Lambat dah! Pasaipa alarm aku tak bunyik malam tadi? Eh? Ni dok ada lagi tanda alarm malam tadi.' Aku segera check semula alarm yang aku set malam tadi.

'Harrreyyyyy sunggohh!! Aku set 11.59 A.M bukan P.M.!!! *^%^$%#&!!' Berbakul-bakul sumpah seranah dan maki-hamun keluar dari mulut aku.
'Ishh. Nak pegi keja ke tak ni? Nak kejar train pukul 7.40 satgi. Ponteng ja ar. Eh, tak boleh. Hari ada assignment banyak gila. Arghhhhh!!!! Nasib laa..kalo terlepas train aku naik teksi.'

Dalam keadaan yang gabra tahap kronik, aku terus capai tuala dan mandi secepat mungkin. Mulutku tidak henti-henti menyumpah diri-sendiri yang cuai sebelum tidur malam tadi. Dalam kekalutan itu sempat juga aku menggosok seluar dan tudung syria. Speed habis aku bersiap pagi tadi. Kalau hari-hari biasa aku sempat sapu toner, moisturizer, cream sebelum sapu bedak, pagi tadi aku 'tepungkan' muka aku dengan bedak semata dan sedikit lipbalm. Padan muka aku. Terserlah segala tok nenek parut dan jerawat kat muka aku. Puii!

Sebelum  keluar rumah, aku sempat mengerling jam lagi. 7.50 a.m. 'Sempat kot ligan tren.  Slalu tren pukol 7.50 lebih-lebih.'

Aku mempercepatkan langkah kakiku. Kalau orang biasa jalan selangkah, aku tiga langkah lagi laju. Syukur Alhamdulillah tren ke KL Sentral tak sampai lagi. Elok saja aku sampai ke lane sana, tren sampai on time. Memang bersyukur sangat. So, apa dah jadi dengan wish aku kat Aya?

Sampai-sampai ofis aku terus pikir balik nak buat camna dengan plan birthday wish Aya yang telah failed malam tadi. Nasib baik Aca duk sebelah aku. Maka terhasillah edited picture kat bawah ni. Kalo nak main crop ni aku memang failed. Kena mintak tolong sifu yang buatkan. Tima kasih Aca. Kerja baik-baik ye. Dengan ini, aku ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY AYA! 

Hope hang suka. XD


Aku doakan hari-harimu sentiasa ceria dan bahagia bersama orang tersayang. Semoga hang sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, dimurahkan rezeki, panjang umur dan sentiasa dalam lindungan-Nya. Aminnn.

No comments: