Tuesday, September 6, 2011

Setahun Hanya Sekali.

Assalamualaikum w.b.t. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Cehwah kemain nak pilih tajuk. Sekali aku pilih yang jenis kiasan punya. Haa...baru lain dari yang lain. Ceh lagi.

Mood raya punya pasal pagi tadi sudah terlepas van nak pergi kerja. (Baca dengan satu nafas) Tidaklah padan dengan muka aku karena aku mempunyai seorang kakak yang manis kecik molek lagi setia menemani adik tersayang lagi sanggup memandu meredah lebuhraya menuju ke Kota Damansara dengan harapan agar adiknya dapat bekerja seperti hari sebelum cuti raya. Haaaa...semmmpuuut.

Tengah sedap breakfast Nasik Lemak dengan Teh Tarik kat KL Sentral tadi mana aku nak dengar driver van dengan akak kat ofis call aku. Mintak maap zahir batin batin laa. Memang serius tak dengar sebab dekat cafe kitorang breakfast tu dengar bunyi siren saja. Walhal kejap-kejap check henpon nak tengok jam dah pukul berapa. Bajet la konon-konon van sampai pukul 8.40. Sekali pukul 8.30 dah sampai daa. Alamak..terlebih sudah. Nasib baiklaa ada kakak kat sini. Kalo tak, maunya aku balik rumah..tido. Hehe.

Bercerita tentang aku menyambut Hari Raya tahun ini pula tidak ada lebihnya dari tahun lepas. Lebih kurang sama sahaja. Tetapi tahun ini boleh tahan sakan jugak aku beraya. Dah dekat separuh negeri aku jelajah cari rumah kawan-kawan sekolah lama di kampung dulu. Lepas sebuah rumah, pergi pulak rumah lain. Senang sikit la nak beraya sebab kawan aku, Diana merangkap chilhood's bestfriend dengan tulus ikhlas drive kereta sendiri untuk memudahkan perjalanan. Nak harapkan aku...bak kata Alisha anak sedaraku, "Apeeeee pun tatalehh..". Ye. Aku sedar diri.

Aku buat kesimpulan jelah hari-hari raya kat kampung minggu lepas.

1st day Raya
> Sembahyang Raya.
> Ziarah arwah Tok, Tokwan, Tok Sedara di tanah perkuburan.
> Balik rumah makan ketupat.
> Budak-budak datang beraya aku kasi duit ja, takpayah masuk rumah sebab aku malas nak hidang-hidang  ni. Lagipun budak-budak nak DUIT RAYA bukan nak makan.
> Tengok TV kendian TV tengok aku.

 2nd day Raya
> Sedara-mara datang beraya di rumah.
> Entah macam mana tetiba jadi kenduri kat rumah aku. Tapi AKU SUKA!
> Ayah posa hari ni. Kesian.

3rd day Raya
> Kak long dan family pulang beraya dari Kelantan.
> Aku pergi makan kenduri dengan ayah dan anak sedara, Nomey.
Aku dan Nomey mau pigi kenduri.
> On the way balik singgah kampung kelahiran ayah kat Simpang Tiga. Beraya dulu.
> Sebelum balik rumah, singgah rumah Diana. Orang buat open house susah sikit aku nak missed.

4th day Raya
> Kak long buat mihun sup
> Aku pergi beraya dengan Diana di rumah Azieda .
> Kendian angkut Azieda sekali beraya ke rumah Farehah.
> Angkut Farehah pergi beraya ke rumah Kak Syumel.
> Angkut kak Syumel ke rumah Biben. Ada open house. Ecah Che Lat pun ada.


> Balik Merbok, angkut Fateh pulak ke rumah Dikda.
> Jalan kaki beraya ke rumah Sobri. Cipon pun ada.
> Lastly datang beraya ke rumahku syurgaku.

5th day Raya
> Sepupu kahwin. Angkut semua yang boleh pergi makan kenduri.
> Balik KL tumpang kak long.

6th day Raya
> Pukul 5.00 pagi itu satu rumah kena diarrhea.
> Rupa-rupanya mereka yang berada di kampung di Kedah turut sama terkena diarrhea.

Kesimpulannya, kami menghabiskan hari terakhir cuti raya dengan berebut toilet kerana disyaki termakan makanan yang dimasukkan ajinomoto yang banyak. Patutla sedap sangat aku telan nasi kenduri.


Monday, September 5, 2011

"Mak..ayah..Awang datang ni.."

Rasanya seperti baru sebentar tadi aku terdengar ayah membisikkan ayat itu sewatu kami menziarahi pusara arwah Tok dan Tokwan selepas solat raya fitrah. Aku seperti dapat merasakan betapa pilunya bisikan kasih seorang anak yang begitu patuh kepada kedua orang tuanya itu. Sedih itu pasti bagi kita yang kehilangan orang-orang tercinta yang sudah kembali ke pangkuan Ilahi.

"Mak..ayah..Awang datang ni..dengan cucu, Wani"

Selesai berdoa, ayah memegang batu nisan dan berbisik seolah-olah mengkhabarkan kepada mereka bahawa kedatangan kami di pagi Syawal itu ingin menziarahi mereka yang berada di alam barzakh.

Bagai terngiang-ngiang lagi Imam masjid membaca doa sambil teresak-esak memohon kepada Allah s.w.t agar mengampunkan dosa-dosa mereka yang telah tiada.

Jiwaku terusik. Hati turut menangis pilu mengenangkan diri ini yang telah banyak melakukan dosa sepanjang hidup ini.

Ya Allah..ya Tuhanku..

Ampunilah dosa-dosaku, ampunilah dosa kedua mak dan ayahku, ampunilah dosa ahli keluargaku, serta ampunilah dosa seluruh muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tempatkanlah kami bersama-sama orang yang beriman. Aminn ya Rabbal A'lamin.









Monday, August 8, 2011

Iman 4.0 Flat

Mungkin apa yang ingin aku sampaikan ini adalah perkara biasa bagi sesetengah individu. Namun, aku harapkan moga pengalaman hidup ini dapat dijadikan iktibar dan titik tolak perubahan insan yang membacanya. Insya-Allah.

Aku berasal daripada keluarga yang serba kekurangan... makan, minum dan pakaian jauh sama sekali seperti rakan-rakan yang lain. Mungkin ini yang menyebabkan aku kurang mempunyai sahabat yang dapat mendengar keluh-kesah hidupku. Seingat aku, hanya ada tiga insan yang teramat penting dan bermakna dalam hidup pada waktu itu, ibu, kakak dan abang Cik. Mereka antara insan kurniaan Tuhan yang sentiasa menjadi tempat untukku bergurau dan berjenaka. Sahabat? Saat itu aku masih belum memahami makna di sebalik perkataan itu.

Aku masih ingat ketika saat aku ingin melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi. Dengan berbekalkan duit hasil daripada pemberian saudara terdekat, aku membawa diri menuju ke sebuah negeri yang sebelum ini belum pernah ku jejaki. Keseorangan diri, bukan bersama keluarga seperti insan dan rakan-rakanku yang lain. Aku masih ingat kata-kata arwah ibu beberapa hari sebelum keberangkatanku.

"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak.."

Kata-kata yang pada waktu itu sukar untukku tafsirkan dengan logik akal. Apa yang penting bagiku pada waktu itu ialah dapat melanjutkan pelajaran walau sejauh mana pun kaki ini perlu melangkah. Benak hati terfikir, mungkin ibu risau tentang perjalanan aku nanti. Jauh, dari Pahang menuju ke Kedah mengambil masa 10 jam dengan menaiki bas. Seorang diri pula.

"Allah ada ibu, Allah ada..."

Alhamdulillah, dengan bekal hanya Iman dan tawakal, akhirnya sampai juga kaki ini ke medan perjuangan ilmu bergelar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah. Melihat rakan-rakan yang datang bersama keluarga, tergambar betapa gembiranya perasaan mereka. Bertuah mereka, patut bersyukur pada Ilahi. Ibu dan ayah mereka senang, ada kereta untuk membawa anak tersayang menuju ke medan perang. Ayah aku? Hmm... teringat pula kereta lamanya yang tersadai di depan rumah. Ayah selalu bertarung dengan kereta kesayangannya itu. Sekali sekala syukur jika kereta itu dapat dihidupkan, tetapi selalunya memang sukar mendengar deruman enjin daripadanya.

Harapan aku hanyalah satu, aku ingin memiliki satu-satunya angka yang cukup dikejar oleh pelajar ketika itu, 4.0 flat. Doa dan usaha aku gandakan dari hari ke hari demi mengejar kejayaan tersebut. Teringin sekali membawa balik angka tersebut dan menunjukkannya pada ibu. Walaupun ibu mungkin tidak mengerti apa makna di sebalik angka itu, cukuplah dapat melihat senyuman di wajahnya tatkala aku mengatakan aku antara pelajar cemerlang di kolej ini. Harapan itu aku simpan dan semat di dada. Adakah peristiwa itu akan telah tertulis di Lauh Mahfuz? Sungguh, Tuhan lebih mengetahui.

Aku masih ingat hari itu, hari Khamis. Aku keluar dari bilik kuliah dan menuju ke kantin. Aku cuba meraba-raba poket, mencari sekiranya masih ada sisa-sisa wang yang masih tinggal. Harapanku hancur, poketku kosong. Duit elaun telah habis aku gunakan untuk membeli barang-barang untuk menghadapi kuliah dan peperiksaan nanti. Dengan niat berpuasa, aku melangkah longlai menuju ke arah bilik. Mataku masih memandang rakan-rakan yang sedang enak menjamu selera masing-masing. Kalau ikutkan nafsu, ingin saja aku pergi ke arah mereka dan meminjam wang seperti sebelum ini. Namun bila memikirkan hutang yang masih tidak dapat aku langsaikan, aku mengalah. "Minum air paip lagi hari ni," desis hati kecilku.

Salah satu cara untuk aku menghilangkan rasa lapar adalah tidur. Cara itulah yang sering aku lakukan sejak daripada kecil lagi. Keluarga yang miskin menyebabkan kami sekeluarga sering menahan lapar sehingga berhari-hari lamanya. Mungkin sebab itu puasa tidak menjadi satu masalah buatku. Berlapar di siang hari sudah menjadi rutin waktu kecilku. Malam? Hanya minum air paip dan terus tidur.

Aku melemparkan badan yang kian penat di atas katil dan cuba untuk lelap. Peliknya pada hari itu, aku mudah melelapkan mata, tidak seperti selalu. Dalam tidur, aku bermimpi perkara yang amat aneh sekali. Bayangkan, dua buah kotak masing-masing berada di sebelah kiri dan kanan. Lalu dua kotak itu bergerak menuju ke tengah antara kiri dan kanan, bercantum menjadi satu kotak. Setelah lama kemudian, hanya salah satu kotak sahaja yang kembali ke tempat asalnya tadi iaitu di sebelah kanan sedang kotak yang asalnya berada di sebelah kiri masih kekal di tengah-tengah.

Aku tersentak dengan deringan telefon bimbit yang berada di sisi. Dengan mata yang kurang jelas kerana tidak memakai cermin mata, aku melihat nombor yang tertera di skrin telefon. Ni nombor ayah, desis hati. Tanpa berfikir panjang aku terus menjawab panggilan tersebut. Eh, kenapa suara abang aku yang keluar ni? Mungkin talian di sana tidak berapa baik, sebab itu suara ayah dah macam suara abang, fikirku.

"Alif, mak dah takde..."

Kata-kata abang itu aku sambut dengan jeritan yang teramat. Sukar untuk aku percaya saat itu. Dalam keadaan wang yang kosong, aku bergegas menuju ke bilik sahabatku, Kamal. Saat itu, hanya dia yang terbit di benak fikiran. Mungkin dia dapat meminjamkan sedikit duit untuk tambang bas pulang nanti. Sesampai aku di muka pintunya, dia secara spontan melihat ke arahku lalu bertanyakan hajat kedatanganku.

"Mak aku dah meninggal Mal. Aku nak balik tapi takde duit. Pinjam RM50 Mal, nanti aku bayar balik..."

"Takpe, kau tunggu sini, nanti aku datang balik. Tunggu kejap..."

Itulah sifat seorang sahabat. Dengan menebalkan mukanya demi seorang sahabat yang dalam kesusahan, dia pergi dari satu bilik ke bilik yang lain untuk meminta sedikit bantuan bagi membantuku. Beberapa minit kemudian dia kembali dengan membawa sejumlah wang.

"Nah Lif, RM150 budak-budak ni yang kasi. Tak payah bayar balik, kau buat tambang bas dan makan minum kau dalam perjalanan nanti. Aku tahu kau tak makan dari semalam. Nanti aku jumpa pensyarah untuk tanyakan tentang bas. Budak sekolah kebetulan balik cuti seminggu hari ni lif, jadi tiket bas ke timur banyak dah habis. Kau tunggu sini."

........................................................................

Mataku memandang tepat ke arah mayat itu. Aku masih tidak dapat menerima hakikat tersebut. Itu bukan ibuku, aku memandang ke arah langit lalu bertanya seolah-olah insan yang sudah kehilangan akal dan akidah. Ya Allah, apa dosa aku sehingga kau uji aku sebegini rupa? Air mata lantas membasahi pipi, seperti menjawab persoalanku. Aku pergi tanpa redha ibuku... ucapan terakhirnya masih terngiang-ngiang lagi di benakku...

"Alif tak payah pergilah Kedah. Kalau mak sakit ke, mati ke, Alif takkan sempat jumpa mak..."

Keberkatan dalam hidupku mula hilang, itu yang dapat aku rasai. Peperiksaan akhir semester satu merupakan penyeksaan buatku. Sukar sekali untuk aku menjawab persoalan yang diberi walaupun sebenarnya aku mengetahui jawapannya. Betul, walaupun aku tahu jawapan di sebalik soalan, aku masih tidak mampu menjawabnya, sukar untuk difahami, tapi itulah apa yang aku alami. Waktu itu aku mulai sedar, angka yang selama ini aku kejar tidak mungkin dapat aku miliki. Satu sahaja doa yang sering aku panjatkan pada Ilahi.

"Ya Allah, sekiranya Engkau tidak mengizinkan aku untuk memiliki 4.0 flat dalam pelajaranku, izinkanlah aku mendapat 4.0 flat dalam Imanku Ya Allah. Amin"

Saat itu barulah aku benar-benar sedar, aku terlalu mengejar 4.0 flat sehingga aku lupa tentang keberkatan daripada seorang ibu. Apabila keputusan diumumkan, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat 4.0 flat dalam kolejku. 4.0 flat, yang terbaik dan sempurna sekali, semua "A". Sehingga hari ini baru aku sedar, bukan 4.0 flat itu yang aku kejar. Tapi Iman 4.0 flat, Iman yang sempurna daripada semua segi. Semuanya "A", seperti para sahabat Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

"Ya Allah, kurniakan aku iman 4.0 flat, Iman yang sempurna..."

Pada kawan-kawan dan para sahabat yang membaca, harap kamu semua dapat mengambil iktibar. Sampai saat ini, keberkatan dalam menuntut ilmu masih saya tercari-cari. Usaha telah saya lipat gandakan, pensyarah dan tenaga pengajar telah sehabis usaha saya hormati. Namun kemudahan dalam menuntut ilmu tidak lagi saya rasai seperti dulu. Keputusan dalam peperiksaan semakin menurun dan tekanan dalam hidup semakin bertambah. Kenapa? Kerana Ibu.

Saya berasal dari keluarga yang susah dan waktu penghijrahan saya ke Kedah itu adalah saat di mana ibu sedang mengalami sakit tenat tetapi saya tetap dengan pendirian untuk menuntut ilmu dengan harapan dapat membetulkan umat Islam dan diri sendiri. Sedangkan saya tidak sedar saya dalam kemurkaan Allah. Sehingga hari ini saya berdoa, moga Allah ampunkan dosa saya terhadap ibu. Tiap-tiap pagi saya hadiahkan pahala al-Mathurat buat ibu, tetapi masih sehingga kini belum terjawab persoalan di benak fikiran. Anak soleh atau anak derhakakah aku ini?

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda: 'Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara, sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.'
[Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya]

Ingat sahabat sekalian, nabi menyebut "anak yang soleh". Ada satu syarat yang teramat berat sekali di situ iaitu soleh.

"Senangnya soleh di mata manusia, tetapi sukarnya untuk soleh di sisi Maha Pencipta."

- Artikel iluvislam.com

Wednesday, August 3, 2011

Ampuni kami Ya Rabb.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, dua hari sudah berlalu bagi seluruh umat Islam yang menunaikan ibadat puasa di bulan Ramadhan al-Mubarak tahun 1432H. Tahun ni maybe rakyat Malaysia yang beragama Islam rasa best sambut bulan posa genap2 pulak 1hb Ogos kan? Raya pulak dijangka pada 31hb Ogos = Hari Kemerdekaan yang ke 54. Double happiness lah jadi orang Malaysia ni kan?

Kemarin kan first day kita posa, jadi semua Muslim kat company aku ni dapat advance balik sejam awal dari hari biasa. Untuk bulan posa ni ja. Alkisahnya, aku blur sangat bab2 alert ni. Pukul 4.44 petang aku masuk surau nak solat Asar. Kuar elok2 pukul 5. Tapi yang buat aku tak yakin nak keluar awal tu adalah sebab aku tengok manusia2 yang naik van company dengan aku tak nampak gaya nak balik lagi pun. Time tu la aku baru baca mesej kak aku yang dia hantar pukul 3.30 tadi. Dia nak ambik aku katanya. Mula2 aku ingat dia kat rumah sewa kat Tmn Dato' Haron tu, rupa2nya kat Subang ja. Hah, apa lagi. Aku pun suruh dia datang fetched aku. Nak tunggu makhluk2 kat atas tu turun naik van, takda maknanya kol 7 aku boleh sampai. Dah pukul 5.40 pun tak keluar lagi. Fed-up dah aku. Nasib baik kakak aku datang amik. Kalo tak masak jugak aku kat situ.

Rupa2nya hari ni aku baru dapat tau yang driver van dah kuar pukul 5 sharp hantar yang sapa2 kat stesen LRT. Patutlaa. Ceh. Ok, ari ni aku kuar sharp kol 5 jugak.

Semalam ada cerita sedih pilu lepas bukak posa kat Subang. Sebelum masuk keta tu, ada sekor anak kucing ni datang bergesel2 kat aku. Aku pun gerak jauh sikit. Ia datang nak gesel aku jugak. Haih. Kak aku pun apa lagi, dengan penuh kasih sayang dok usap2 anak kucing tu. Aku pun usap jugak. Pastu aku cium tangan aku. Busuk. Bau tahi. Cis.

Tuan rumah kat situ cakap anak kucing tu salah sekor dari dua ekor anak kucing yang ditinggalkan oleh ibu kucing yang dulunya kucing mereka tapi lari entah kemana. Tiba2 dapat anak tinggal kat rumah depa plak. Anak tuan rumah tu bagus, bagi makan la, minum la. Tapi tak jaga betul2 la macam kurung dalam kotak ke supaya nanti tak kena langgar kereta. Lepas dah dengar cerita sikit2 tu, kami pun gerak la nak balik.

Kejap jer dalam keta tetiba kak aku boleh pulak teringat yang dia tertinggal barang. Terus patah balik. Belum lagi keluar keta, tuan rumah dah terbongkok2 tengok bawah kereta. Tau apa jadi?

Dah terlanggar anak kucing tadi.

Anak kucing yang kami dok main2 sebelum gerak tadi. Astaghfirullahalazim. Tak sampai 2,3 minit pun. Time tu jugak tuan rumah gali lubang nak kambus mayat anak kucing tu. Terkejut tak terkata la aku dengan kak aku. Nak nangis pun ada. Tapi tak nangis2 and mulut dok cakap kesian, nyesal tak henti2.

Ada lagi sekor anak kucing tu, dok main atas jalan. Sekali motor langgar jugak. Depan2 kami pulak tu. Astagha. Yang paling kesian tu ibu kucing tu dok tunggu kat tepi mayat anaknya. Ya Allah...ampuni. Kami tak sengaja. Masa tu aku tengok ibu kucing dengan mayat anaknya tu, ibu kucing tu dok tenung aku sampai aku masuk dalam kereta pun dok tenung lagi. Mungkinkah ingin meminta pertolongan kami? Atau barangkali memendam perasaan marah kepada kami yang menyebabkan ia kehilangan dua ekor anaknya sekali gus malam itu?

Sungguh ya Allah. Kami memang tak sengaja. Tambahan pula kawasan rumah di situ gelap. Ampuni kami Ya Allah. Lindungilah makhluk2 ciptaan-Mu dari aniaya manusia.

Friday, July 29, 2011

Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Dikongsi dari ILUVISLAM.com...sila klik link di bawah. =)


Kenapa Aku Masih Solo? | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Hujan bagaikan menangisi kekalahan semalam.

Pukul 6 pagi lagi aku dah dengar bunyi hujan yang lebat. Lebat yang tersangat. Mungkin ini hujan rahmat nak menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang lagi dua hari bakal tiba. Mungkin juga bagaikan turut menangisi kekalahan Malaysia vs. Singapura malam semalam. Apa pun, aku harap mungkin ada hikmah disebalik kekalahan semalam.

Ya, mungkin. Yang paling penting sekali, semangat untuk berjuang dengan lebih baik pada match akan datang masih membakar. Hebat pasukan Harimau Malaya beraksi semalam. Benteng pertahanan yang sangat kukuh walaupun tanpa NorShahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim, Zaquan, dan Aidil yang bermain sekerat jalan. Last2 memang Safee jugak la yang meletop. Apex pun sangat bagus. Memang bagus untuk mengkuburkan harapan Qiu Li yang bertalu2 nak meledak gawang gol. Tapi, biasalah. Tak semestinya menang selamanya dan tak selamanya akan kalah. Macamanapun, syabas Malaysia!! Aidilfitri masih ada ye..hehe.

Sebenarnya aku hampir2 nak ditinggal van company tadi. Bukanlah aku salahkan hujan yang menyebabkan pergerakan kenderaan jadi lambat tapi aku salahkan diri aku jugak. Dah hujan mesti aku kena keluar awal. Kena redah jugak hujan lebat sebab nanti dapat naik bas yang awal dan taklah aku sampai lewat dari sebelum ni. Tapi nasib baik la, aku sampai agak lewat tadi pun, van belum sampai lagi. Alhamdulillah. So, taklah aku kena tinggal kan. Dalam bas tadi aku dah imagine macam2 dah. Kalo betul2 kena tinggal, memang aku chow naik bas balik rumah.

Takdanya aku nak naik bas lain datang company sendiri macam hari itu. Dah la jauh nak mampos. Masak aku sorang2 dalam bas tu. Nasib baik niat jahat aku tak jadi kan. Lagipun, memang patut jugak aku ponteng. Aku datang pun buat apa, task apa benda pun tak dapat lagi. Dok jadi tugu ja kat sini. Tak best kan jadi macam aku ni? Kalo hari ni tak dapat task lagi, minggu depan memang aku nak bersemuka dengan staf tu yang sepatutnya jadi supervisor aku. Boleh dia buat dono ja walopun staf lain dah bagitau yang dia kena incharge student intern yakni aku. Buku log mintak diisi, tapi job scopes pun tak tahu lagi. Hermmmm.

Monday, July 25, 2011

Makanan sihat untuk menggemukkan badan.

Assalamualaikum.

Sejak aku masuk ofis dari pagi tadi, belum ada task dan assignment yang ku tunggu2 untuk memenuhi keperluan praktikalku dan juga masa lapangku. Jadi, aku post entry baru lagi. Tajuk kali ni memang untuk sapa2 yang kurus kering melidi cam aku ni nak jadi gemuk. Tak perlu supplement or herbalife or ginseng untuk makanan tambahan. Ikut ja petua ni. Penat aku search.

Bagitau kat aku, sapa yang syok jadi kering nih? Meh sini aku lempang sedas. Walopun aku bertubuh kurus kering tapi deep in my heart i really don't like my skinny body. Tiap2 hari aku dengar orang keluh kesah nak kurus la, nak turunkan berat badan la, nak slim body la...mace-mace. Tapi jarang aku dengar nak naikkan berat badan, nak gemuk. Melainkan aku yang slalu cakap nak gemok.....nak gemok. Bukan aku tak bersyukur dengan body aku nih tapi it's just not in my taste. Kadang2 memang best jadi kurus sebab semua baju boleh sebat. Semua seluar skinny pun memang untuk orang macam aku ja. Watdehek? Haha. Tapi sebenarnya memang aku susah nak cari seluar slack. Habis pusing satu Tesco, aku pi cari kat The Store plak. Sian ayah aku, teman je la anak kesayangan dia ni. Hekhekhek.

Ye tuan-tuan dan puan-puan, adik-adik, kakak-kakak, abang-abang yang berisi atau gemuk, hargailah tubuh badan anda itu. Gemuk bukan bererti tak sihat melainkan kalo ada obes, maka kenalah jaga jugak berat badan demi KESIHATAN BADAN ANDA.

Tapi, tapi...tapi...tapi, lagi best kalo badan kita ideal. Makna kata, tak gemuk tak kurus. Nak senang paham, orang kata 'sedap-sedap badan' or 'sedang-sedang elok'. Aku memang taknak perut buncit tapi nak jugak ada isi kat perut ni. Memang sekeping sungguh perut aku. Macam orang kebuluran pun ada. Padahal aku makan elok ja. Aku ni takat tinggi ja buleh bangga sikit, tapi kalo pakai heels bertambah riak la. Walopun begitu, aku akui, memang selalu aku goyah jugak bila beban yang ditanggung lebih beban dari berat aku. Contohnya sekarang ni aku nak pi praktikal kena bawak laptop sendiri sebab company memang tak sediakan PC kat staffs. Semua pun bawak laptop sendiri sebab kerja bidang ICT ni memang banyak benda penting yang kita kena simpan. Sebab tu orang ICT lagi prefer laptop sendiri rather than given PCs from company.

Oleh kerna laptop aku saja dah 3 kilo, aku tambah lagi beg 3P aku dengan telekung, sweater sebab aku duk bawah air cond. Jadi sejuknya macam kat puncak Genting Highland. Dengan charger laptop and excetra..excetra...dekat 4 kilo lebih gak aku galas tiap2 hari. 4kilo je. Ringan jer kan? Macam nak luruh bahu aku rasa hah. Pastu plak bila naik bus rapid ja, kalo tak dapat seat kena berdiri pegang holder gantung tu. Tau la KL kan, trafik merata. Asal sekali driver bus brek ja, aku dah melayang2 kerna anjakan innersia sebab aku ni ringan, pulak tu beg berat. Memang fak ar.

Selain itu juga, tubuh keringku tidak mampu untuk menahan sejuk air cond kat tempat LI ni. Ye lah, semua orang boleh kata berisi jugak kat area aku nih. Sebab tu kot aku sorang ja yang pakai sweater dengan stoking skarang ni. Huehuehue. Aku bet sekarang ni berat aku around 36-37 kilos saja. Memang melayang wa cakap lu. Aku pun riso gak, bulan posa lagi seminggu nak start. Boleh ke aku naikkan berat aku menjelang raya nanti? Tapi takpe. Aku usaha jugak mental fizikal. Ayuhhh!!

Almost all websites I found stated "Eat more calories than you burn". Maknanya disini, kena makan banyak makanan berkalori tinggi daripada memabakar kalori tersebut-versi aku translate. Antara makanan2 sihat yang berkalori tinggi. Please get ready to drool....pumpangpumpang~~~ :-

- Breakfast cereals. Every nutriotionists said, we must not skip our breakfast since it is
the best kickstart for our daily routines. Eventhough we have a very busy schedules, but we must at least had a slice of bread with butter spread on. Nowadays, there are lots of healthy products made of cereals such milo fuze cereals, quaker oat and the very well known, kokocrunch. 10 or 20 grams of cereals is enough. More is better.

-Pasta. Pasta or spaghetti is well known as great suppliers for high calories dish. One serving of cooked pasta contains 75 cal. Maybe when i have free time, i would like to make fried spaghetti with meatballs. Homaigod!

-Peanut butter. Yosh! Now I know why those who never miss to spread peanut butter on
their bread would never categorizes as skinny people. Yet they got pretty well fit and firm body mass. A spread of peanut butter gives 192cal. Super high protein and...healthy for sure.

-Chocolate nut spread. Similar with peanut butter spread, a 100 gram serving has 541
cal. Not only you can enjoy the delicious and sweets munched meal but you'll enjoy the benefits too.( Recommended brand in Malaysia : Nutella)

-Cheese. Hoh! Where do i find this kind of food? Malay people doesn't makes it easy to eat cheddar cheese as necessary meals. but who knows, maybe i could get a slice of Cheese-dale for my tuna sandwic. Ermmm...craving for food now. Ok next!

-Again...Butter/ Margarine
. The usage of butter/ margarine in our cooking will gives you at least 36 cal for each 5 gram serving. Imagine the benefits if you use more than that! Bless you~

-Chocolate. pumpangpumpang..! nah. This is the world's most favourite type of food. For the chocolate's fans out there, this is a very good news for you if you want to gain your weight fast. One mini/one bite chocolate bar contains 37 calories. If you wanna put some extra weight, why don't you munch 'em all? Huh, like i care. I'm not a chocoholic neither eat it. But, for the sake of my goal, i will try to have it in my drinks such as Cadbury hot chocolate drinks. Urghhh! my teeth...

- Whole wheat bread. I would prefer processed white bread than this one. Nevermind, i would try at least replace the Gardenia white bread with any brands of wheat bread. One slice of brown variant contains 69cal though.

-Yogurt. Yeah. What you've just read was right. Non fat yogurt could gives you up to 118 cal for each 125gram serving. As well as it is one of diet food, it also have high calories. I went to Tesco Xtra yesterday and what I found was none of the yogurt contains fat. Everything was less fat or 0% fat. Where can I find high fat yogurt?! Huh!

-Pure fruit juice. Not the one you found in bottles but you blends the fruit and serves it by yourself. Drinking pure fruit juice giving you the best of vitamins and nutrients as it needs. Pure fruit juice also contains lot if calories than processed fruit juice.

-Bananas. Oh yeah! My favorite fruit if it not in fruits season(musim buah). Bananas was easy to get wherever you are. Bananas was around us! Go get one because one large banana contains 20 cal. If a large one have 20 cal, then the smaller one 10 cal maybe? Ahah.

-Nuts.
Hands up those who likes to munch nuts. One serving nuts gives you 165 cal. Whoaa. Of course nuts would be better in delicious meals compared to munch it raw.

-Olive oil. No wonder why western foods always add this into their cooking. A tablespoon of olive oils contains 40 cal. In short, eat more fried meals is better, right?

-White meat: Chicken.
Hurrah! I always love chicken. The chicken breast is supposed to the healthiest and less of fat which contains 78 cal for each 70 grams. Meow.! Love
it.

-Beef. Hohohoho. My peberet ever. If the world would has only food which is meat, i would be blessed. Hehehe. One thick slice of meat contains 153 cal. I should have fried meat whenever i had my meals.

Additionally, keeping good meals mean nothing for those who got high metabolism. From what i searched, or googled to be specific, eat more and often will keep our body fit and will prevent from constantly burning calories from food that has been consumed. For our coming Ramadhan Al-Mubarak, eating dates will keep us stay healthy thus gaining weight. We must not be greedy while choosing foods and likes borong satu bazaar but takes small portions and often at many times will keep our body firm and confortable. Ouh. Dunno whether i able to go to mosque and pray Terawikh like last time cause this time would be different than before. Wish you Selamat Berpuasa dan Sembahyang Terawikh.