Friday, June 24, 2011

Sa - hari sebelum meninggalkan UMP

As Salam.

Syukur Alhamdulillah! Yes yes yes yesssssss!!!! Assume je la aku tengah excited menjerit walopun hakikatnya aku tak jerit pun kat alam realiti. Kat sini berani la sebab blog aku kan. Nak marah? Terajang nak? See. Kat blog je aku berani, kalo kat realiti mesti dah ramai masuk wad kalo aku tibai sungguh2.

Ekceli bukan nak bragging, tapi cuma nak share buat tatapan yang sebenarnya.....aku lulus exam tadi. Seronok sebab lulus tu memang, tapi yang nyata sekali SEPATAH-PUN-AKU-TAK-PAHAM-PASAL-ASP.NET-NIH!!! 'Pass' tu pun sebab nasib ja aku hapai sampai berbuih2 mulut. Tapi pahamnya??? of course la tidak. Hatta dalam sebulan pun aku tak paham Asp. Net apatah lagi nak belajar untuk sharpen semula knowledge about XML & database. Benda yang bukan major aku ni jugak laa yang last2 sekali aku kena praktik waktu internship nanti. Level Tensi dah mula gatal nak mencanak naik. CIS!

Orait. Sebab aku dah gatal tangan typing kat sini, haruslah banyak cerita aku nak tulis untuk tatapan diri sendiri. Sadis. Sat na nak minum neskape O'.
.
.
.
.
.
.

.
Okeh dah. Tang mana tadi? Ohh..pasai cerita tu. Wah. Banyak neh. First skali aku nak cakap yang aku sekarang tengah packing segala khazanah aku kat UMP ni. Tapi sebab aku malas, jadi usaha aku hanya sia2. Maka meratiblah aku kat depan lappy ni sambil berpoya2 di laman2 sosial yang sememangnya menjadi ikutan pada masa kini. Eceh.

Second pulak. Sebelum aku nak typing this entry tadi adalaa aku dok wandering kat beberapa
blog yang agak fofular nih. Entry semua pun bagai nak sama ja. Kembaq apa?

Sebenarnya bukan. Namun kudapati bahawa blog-blog tersebut mempunyai feeling2 ala emosional gitu. Semua pun nak cerita pasal terasa dengan orang ni laa, sakit hati dengan orang tu la, dan macam2 lagi yang menunjukkan yang konon2 takdak orang nak peduli pasal diri dia dah. Oh. Tulis pasal orang lain takdak pulak nak peduli pasal orang tu kan? Meh sini aku bukak pekung di dada sikit.

Aku taknak perlekeh pun orang2 macam ni sebab aku pun macam diorang jugak. Manusia, ada hati, ada akal, alhamdulillah cukup sifat. Walopun jerawat banyak dan kering melidi tapi hati macam jewel tau! Aku pun reti nak terasa, nak beremosi, nak bersakit hati, nak marah2 ni semua, tapi alhamdulillah, Allah bagi aku sifat kesabaran yang sangat tinggi. Kalo marah meluap2 kat sesiapa pun, belum pernah aku tengking2, nak gaduh2 semua. Kat dalam UMP ni jelah, sebelum aku masuk sini memang kalo aku ada problem dengan sapa2 pun, tak kira tua dan muda memang aku main cakap lepas ja. Masa tu memang aku pikir hati aku sorang ja. Hati engko, lantak. Memang niat aku nak hancurkan hati engko. Tapi tak lama mana pun. Lepas tu aku jumpa si polan tu mintak maaf semula dan kawan balik. Sebab? Sebabnya, bila kita tak menjaga perasaan orang lain kau ingat hati sendiri nak tenang ke?

"Ehh, lantak la hati you...bukan hati i..padan la muka you"

"Aku tak peduli la tak kawan dengan ko pun, aku hot, belambak lagi orang nak kawan dengan aku, takat muka ko ni..ptuii!"

"Hang ingat aku kesah la dengan hang? Tengok muka hang pun aku tak hingiiinnn!!!!"

Wohho. Baik2 la weh. Hari ni memang kau boleh cakap camtu dekat orang lain sebab kau ada hati manusia tapi keras macam batu. Kau jangan lupa. Allah itu Maha Adil. Seorang kau benci, sepuluh orang benci kat kau balik. Kau tau kenapa? Sebab awal2 lagi kau dah tunjuk yang kau busuk hati. Kau sendiri yang buat pameran sendiri. Tak kira la kau muka huduh ke, jerawat batu ke, putih mulus ke, cuweet sangaattt ke, tapi kalo perangai kau lagi busuk dari tahi baik kau sedar diri cepat2. Bila hati makin membusuk nih, kau sembang apa pun mulut bau loji ja. Lepas tu mulalah kau nak berpuisi2, nak berkarya bagai yang selama ni kau ada kawan tapi kawan atas nama saja, tak penahnya nak serasi nak paham hati kau pastu nak nangis2(aku assume jela nangis). Haktuih.

Apa kau ingat kau sorang ada hati? Orang lain semua takda hati laa? Jadi perasaan orang lain itu muncul dari batu2 mungkin? Ataupun diperbuat daripada kerikil sebab itu orang lain tak punya perasaan macam kau?

Wah. Tak sedar diri rupanya. Aku nak nasihat sikit. Banyak sebenarnya. Lebih baiklah kau berubah. Kau takkan boleh ubah orang lain, maksud aku, perasaan orang terhadap kau. Tapi kau yang perlu berubah dari beremosi macam budak2 tadika tak dapat aiskrim kepada seorang yang sangat tolerate sekaligus alert dengan situasi keliling. Aku ni blur orangnya. tapi common sense aku tinggi ok. Aku lagi cepat pick up orang ni tengah gumbira ke, sedih ke, marah ke, dengki ke apa, aku memang cepat pick up. Jadi aku dengan sendirinya akan adapt dengan situasi macam ni supaya aku takkan keruhkan lagi keadaan.

Okay. Aku tau memang sakit nak consider perasaan orang lain. Dan balik2 ko akan monolog dengan sendiri. 'Apsal si bangang tak mampos je?' 'Memang patut pun kau jadi camtu, selama ni kau asik ingat kau je hebat, hot blablablabla...' 'Dia ni kannn.....aku cucuh api time kau tido kang' 'Budak ni serius jugak aku humban dari tingkat 4 ni' 'Gerammnyaaaa akuuu...eeeiiiii' ' Padan laaa dengan muka kau, tak tahu malu sangat'

Macam ni ke? Aku memang penah berperasaan macam ni. Sakit hati aku akan reda bila aku tak pikir benda macam2 ni. Ia hanya akan membuatkan diri sendiri gila dan terjebak dengan penyakit psycho. Buat apa nak pikir kita terasa ke tak? Bukan ke kita diajar yang mana orang bersabar ni ganjarannya tinggi? Kau taknak merasa ke?

Dan jugak di akhir entry blog2 fofular ni, mesti akan tulis, lebih kurang berbunyi begini . 'Susah nak jaga hati orang ni. Asyik2 diri sendiri yang sakit hati. Beginilah jika kita bersama dengan orang yang tak berfikiran matang ni.'

Wowh. Kau matang sangat lah? Aduhaaiiii.....kalo niat kau nak menjaga hati orang, IKHLAS la weh. Kalo kau tak ikhlas memang padah nya kau sendiri dapat. Aku sentiasa dan selalu jugak terasa tapi aku pikir balik. 'Apa yang special sangat nak terasa dengan ko?' Kecik punya hal la der. See? Bersabar itu yang penting. Memang. Memang sebelum ni aku ada entry yang aku marah2 pasal sorang ni. tapi takdalah sampai aku nak tarik2 muka bagai. Tup2 esok berbaik balik.

Iye. Memang ada masanya kita akan berasa sangat down, tapi tolonglah. Bertawakal pada Allah. Ewah, aku ni mangkit subuh pun malas ada hati nak bagi tazkirah kan? At least, kita ingat pada-Nya. Bila kita ikhlas, semua benda rasa smooth ja. Takkan nak kecik hati pasal benda remeh?

Melainkan ko ada options lain yakni si polan pasangan hidup kau, kau nak hidup dengan dia, nak mati sama2....itu aku tak reti nak explain. Aku tak sampai tahap tu lagi. Aku reti sampai tahap persahabatan ja.

Aku ada sorang kawan ni, yang sampai sekarang dingin dengan bestfriend (bf) dia. Memang dah lama diorang berteman tapi tup2 skang dingin. Tak best lah camni. Tapi nak buat camna, hanya both of them saja yang boleh pulihkan keadaan dengan syarat melupakan perkara yang telah berlaku. Hopefully, diorang berbaik semula.

Ok? Lepas ni jangan mudah nak berkecik hati dengan kawan sendiri ye. Kalo kau berani berterus terang lagi best. Tapi jangan terlebih over, ntah2 ko sorang je yang perasan sendiri and jangan gopoh sampai semua orang kau nak sapu bersih. Jangan cakap macam aku nih. Coward orang panggil. Cis. Sudahla. eh, aku pulak yang emo.

Yes. Nak sambung packing!

2 comments:

Raz said...

panjang sungguh post ang, tp xpela blog ang kan. hehehe

tp btolla ang ckp.. jgn lah kite emo sgt.. rileks2 sudeh

selamat packing!

Nur Wangi said...

haha...baru lepas gian nak posting! Tenkiu for reading~