Thursday, July 21, 2011

Praktikal sudaa....

Assalamualaikum.

Masuk hari ni dah hari ke-4 aku praktikal. Baru hari ke-4?? Rilek derr. Baru pat hari pun nak kecoh kan? kan? kan? Memandangkan tempat tinggal aku jauh dari syarikat ni, maka aku harus menaiki bus rapid ke KL Sentral dan di sana ada van company yang ambik pekerja kat situ. Lain la kalo ada transport sendiri boleh aje bawak sampai Kota Damansara ni. Tapi aku tengok yang dah senior pun naik van jugak, apatah lagi yang muda ni ye tak?

Bukan apa...at least kena lalu 2 tol kalu nak masuk Kota Damansara ni. Kalo dari rumah aku straight ke sini, 1 tol je lalu. Itu pun, kak aku la yang hantar. Baik betul kak aku nih, dah la nyusahkan dia lagi nak mintak hantar. So, takpe. Aku pegi sendiri ja. Kalo dalam van company tu, aku je lah yang sorang2 Melayu. Yang lain semua India, Pakistan dan negro. Tak tanya plak aku depa asal mana. Tak kisahlah. Yang penting semua nak menuju ke destinasi yang sama.

Company yang aku masuk praktikal ni bukanlah beso macam Heitech yang mencakar langit nun. Jauh sekali jugak dari company OSCC yang kat Cyberjaya tuh. Ia hanya sebuah company yang didirikan di tengah2 deretan double storey kat Kota Damansara ni. Tapi luas jugaklah. Kalo kedai biasa tu kita tengok 1 lot kan, yang ni 2 lot kot?? Pastu ia plak ada 2 tingkat. Boleh tahan la.

Okey. Aku masuk intern ni bukan nak tengok company besar ke kecik, tapi dalam seploh hingga doploh applications yang aku mohon, company ni ja yang satu2 nya call aku balik untuk interview. Yang lain semua senyap. Aku banyak apply kat area Kulim dan Gurun kat Kedah. Hampes semua. Mintak jugak kat Seberang Prai. Pun sama2 hampes. Bila mintak kat area Selangor and KL ni, ada la beberapa yang reply balik email aku. Tapi tau2 la kan, nama pun email. Macam nak tak nak je reply nya. Lastly, aku tumpu kat company ni ja lah. Redha betul aku. Hajat di hati nak praktikal kat kampung halaman, dapat jugak aku tengok2 kan mak ayah aku. Tapi, hajat tinggal hajat ja. Pasrah.

And so, here I am. Melangut sorang2 sebab takda assignment pun nak dibagi kat aku. Semalam aku datang pun sama. Lepas sesi induction pasal company's product, aku pun duduk kat tempat ni lah. Duduk la melangut bukak laptop sorang2. Takkan aku nak bukak baca gossip artis plak kan. Tak sedap hati plak sebab semua orang ada assignment masing-masing. Sebelah aku ni student praktikal jugak. Namanya Aini dari UNITEN. Dah dua bulan dia kat sini. Dia praktikal 6 bulan jugak. Sama macam aku. Dia la satu2nya orang aku nak bawak bersembang. Nak harap sembang dengan foreigner memang tak laa. Jenuh aku nak susun ayat bagi teratur satu2. Itulah pentingnya English education. Sambil wat gaya usop wilcha. Eceh. Tu laa, kecik2 malas nak speaking. Kan dah tua camni buat segan jaa.

Sepatutnya semalam aku ada sesi dengan supervisor aku. Tapi ntah, sampai ari ni pun aku tak nampak muka dia. Nanti2 petang ada la 2 kot. Si Aini ni cakap, kalo baru masuk memang bosan camni. Dia pun dekat 3 minggu duduk diam melangut cam aku jugak. Yang bezanya dia baguih la sebab dia baca manual company's product. Nak harapkan aku, selak2 jela. Pastu aku bagi balik kat staf yang bagi kat aku tu. Dah katanya optional kan. Haha. Sekarang ni Aini tengah busy wat assignment yang diberi. Kadang2 dia bosan siket dia bukak la twitter, blog apa2 yang patut kecuali fesbuk. Sebab fesbuk kena blocked kaw2 punya oleh company. Berlambaakkk sangat assignment katanya. Sampai ke hari ni pun tak abeh lagi. Ni buat aku cuak nih. Dah bosan sangat2. Ada kerja, banyak sangat2. Sedap kan pantun aku? Macam mintak penampar. Kena tampar betoi kang. Ish takmo aku. Takmo2.

Oh. And one more thing is this company is international. Sebab tu la macam2 bangsa aku jumpa. Hoho. Nampak gaya memang lepas aku abis praktikal memang boleh score muet untuk second time. Sebab pa? Speaking tetiap ari. Dengan staf pun speaking dengan foreigner lagi laaa.

Nota picisan: Aku dok betul2 bawah air cond yang macam kat YDK 15 / 14 tuh. Sejuk siot. Siap bawak sweater lagi ni haa.

No comments: