Tuesday, November 22, 2011

Mencecah 22 pada 22.

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah..syukur kepada Allah..kerana aku masih dapat bernafas di muka bumi ini. Syukur sangat-sangat.

Pertama sekali aku nak ucap syabas dan tahniah tidak terhingga kepada skuad Harimau Muda. Tak payah la aku nak cerita panjang lebar kan. Seluruh Negara sukan SEA pun tahu.



Sepatutnya hari ini kita dapat cuti peristiwa tahu sebab Malaysia menang semalam. Sekali tak dapat daa.

Berbalik pada cerita asal. Malam semalam buat julung-julung kalinya aku telah 'membuang' sesuatu dari badan aku. Aih, macam pelik pulak ayatnya. Malam semalam, buat pertama kalinya aku telah berjaya membuang kotoran dari badan aku. Cait. Lagi pelik bunyinya.

Senang cerita, malam tadi sebelum tidur aku pakai Detox Foot Patch untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku selama genap 22 tahun ini (huhhh..tarik nafas). Sepanjang hayat aku, tak pernah sekali pun aku guna foot patch ni.

Disebabkan keadaan kerja yang membuatkan aku mudah berasa lesu dan letih apatah lagi rasa mengantuk yang tidak tertahan-tahan, maka aku perlu ada inisiatif untuk mengembalikan keremajaan tubuh badan dan kembali cergas  bekerja. Yes!! Usia 22 tahun masih remaja okay. Itupun bergantung kepada penjagaan kesihatan sendiri la. No comment.

Tengahari semalam juga aku pergi cari foot patch. Nasib baik shop lots kat company aku ni ada banyak kedai jual jamu la, cosmetics la, farmasi la, klinik pun sebelah company ja. Terus aku beli jenama JunGong. Sebelum aku keluar beli aku dah google siap-siap jenama apa yang trending nowadays.

Orang kata, pertama kali guna akan menjadikan patch kelihatan hitam , legam , berlendir tetapi tidak berbau. Entah. Aku tak cium pulak benda tu. Tak tahu la orang lain macammana. And....yes!! Memang betul.



Terkejut. Terkujat. Tergezut. Tanjat boboi. Ceh.

Memang aku dah expect the color will be black color and a bit watery. Nak kata apa lagi kan? Memang banyak gila toksin dalam badan aku ni. Ta

Secara tidak langsung aku telah menyumbang sesuatu yang berharga untuk diri sendiri pada hari berbahagia aku ini. Apa lagi yang didambakan selain memanjakan diri sendiri dan mengekalkan kesihatan diri pada tahap yang membanggakan?

SELAMAT ULANG TAHUN DIRI. LOVE YOU.. TAKE CARE, GARNIER <-- ni dah lebih-lebih tambah tagline .

2 comments:

suk said...

wow. best tak pakai benda tu? mcm nak try je.

Nur Wangi said...

best gila..
untuk hg yg selalu keja lewat malam elok sangat la pakai..
bila toksin dah kurang rasa lesu pun hilang..
aku pakai 3 hari berturut, still hitam legam..mmg toksin banyak gila..
patutla orang selalu borong banyak2 foot patch nih..